|
Seorang lelaki maut ditetak anaknya dengan parang hanya kerana terpijak iPhone suspek pada Jumaat lalu.
Memetik Khmer Times, jurucakap polis daerah Svay Antor, Kapten Chuon Samnang berkata, kedua-dua beranak yang juga petani itu tinggal bersama di Damrey Poun di wilayah Prey Veng, Kemboja.
Katanya, sekitar jam 7 malam, Leng Huon, 23, bersama tiga rakannya meminum arak dan memasang muzik dengan kuat hingga tengah malam.
Siasatan awal mendapati, suspek yang mabuk terjatuhkan iPhonenya di atas lantai di luar rumah itu sebelum mangsa, Leng Sao, 50, keluar dari biliknya kerana tidak boleh tidur akibat bunyi bising dan terpijak iPhone berkenaan.
Sejurus itu, Huon dikatakan menjerit memarahi bapanya hingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa menendang bahagian belakang suspek sebanyak tiga kali.
Berang ditendang dan telefon bimbitnya dipijak, suspek mengambil kapak, lalu menetak mangsa di kepala, leher dan dada menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan serius di leher dan dada.
Foto: AsiaWire
Selepas membunuh bapanya, suspek dilaporkan melarikan diri, namun berjaya ditahan polis jam 3 pagi pada Sabtu dan kes masih dalam siasatan.
Pihak berkuasa mengesahkan Huon didakwa atas kesalahan membunuh dan berdepan hukuman penjara hingga 15 tahun, jika sabit kesalahan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|