CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3274|Reply: 9

Ini 9 Aksesori Fesyen Paling Pelik, Bikin Anda Terhibur Melihatnya!

[Copy link]
Post time 26-4-2019 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Berfesyen dan memakai aksesori menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan lebih kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, ini sangat biasa dan tidak semua orang suka melakukan perkara biasa. Terdapat juga beberapa aksesori pelik yang telah dicipta, dan jika ia sesuai dengan keperibadian anda, anda mungkin juga boleh memilihnya.


Memetik dari Wonderlist, ini 10 fesyen aksesori paling pelik  dan wujud.


9. Bag TV

Kredit Foto : Wonderlist


TV dalam beg adalah sesuatu yang benar-benar wujud. Ini adalah beg tangan dengan skrin LCD 7 inci dengan kmudahan tempat untuk memasang  DVD, dan memiliki  fail MP3, imej dan muzik.


Hal ini demikian menyebabkan harga beg ini lebih mahal dan bagi mereka yang ingin memiliki beg ini boleh sahaja membeli beg sahaja atau bersama-sama dengan set TV.


8. Barang Kemas Teardrop

Kredit Foto : Wonderlist


Air mata menggambarkan kesedihan, satu emosi yang kita semua mahu mengelakkan. Namun kini ia sudah menjadi aksesori fesyen. Eric Klarenbeek, seorang pereka dari Netherland, ingin mencipta sesuatu yang unik, lantas mencipta perhiasan air mata ini.


Perhiasan ini pada dasarnya kristal yang tergantung dari kanta sentuh. Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, kristal ini akan bersinar dengan indah. Mungkin ada yang dah bosan dengan kanta setuh biasa, apa kata anda cuba yang ini pula!


7. The Denture Bracelet

Kredit Foto : Wonderlist


Bagaimana rasanya jika anda diminta untuk memakai satu set gigi di sekitar pergelangan tangan anda? Adakah anda sanggup?
Iya. Satu set gigi telah diciptakan sebagai gelang, dan ada orang yang telah membelinya. Jadi, jika anda pernah melihat sesuatu seperti ini, jangan terkejut.


6. Mantyhose



Biasanya, wanita boleh memakai pelbagai jenis pakaian yang dipakai oleh lelaki. Bagi wanita yang memakai pantyhose juga adalah sesuatu perkara normal.


Oleh kerana senarai kali ini adalah asksesori fesyen yang pelik, sesuatu yang perlu anda tahu, pantyhose juga kini dipakai oleh lelaki.


Melihat gambar ini? Adakah ia sesuatu yang pelik bagi anda?




5. Botox-Injected Handbags

Kredit Foto : Wonderlist


Seperti yang kita ketahui, botox digunakan segilintir orang terutamanya wanita untuk membuatkan mereka tetap muda.
Untuk itu, bagaimana pula dengan beg yang telah disuntik Botox?


Seorang pereka Milan, Mauro Orietti-Carella, menjadi terkenal kerana membuat aksesori yang bergaya menggunakan teknologi yang tidak konvensional. Dia mendapati bahawa dengan suntikan silikon disuntik ke dalam  buaya eksotik, burung unta, atau kulit python, ia akan meningkatkan kualiti kulit dan warna akan menjadi lebih terang dan tepu.


Selain daripada kualiti kulit yang bagus, aksesori Oriette-Carella juga unik kerana memiliki kilauan yang menakjubkan, yang mana disalut dengan lapisan 18-karat perak dan campuran debu emas.


4. Alive Around the Neck

Kredit Foto : Wonderlist


Ada yang sanggup nak pakai aksesori ditemani benda hidup seperti ini ke?


Inilah yang dinamakan Alive Around the Neck. Unik betul kan?


3. Barang Kemas Ais

Kredit Foto : Wonderlist


Ia telah dicipta oleh Katharina Ludwig, yang juga membuat perhiasan ais lain seperti anting-anting dan cincin. Ais yang digunakan dalam kalung ini bukanlah hiasan semata-mata. Ia adalah ais asli dan hanya boleh dipakai sekali sahaja kerana ais itu akan mencair.


Sesuai betul kalau nak dipakai dengan cuaca Malaysia yang panas ni kan? Tapi sesudahnya, mahu basah satu baju! Rasionalkah?


2. Nubrella

Kredit Foto : Wonderlist


Bosan menggunakan payung biasa, maka anda harus mendapatkan nubrella sebagai percubaan. Ini adalah payung perlindungan penuh yang boleh dilekatkan pada bahu anda dan tidak perlu susah-susah lagi untuk memegangnya.


Walaupun kelihatan aneh, ia menyelamatkan bahu dan leher anda daripada hujan dan salji.


1. Barbie Doll Jewelry


Kredit Foto : Wonderlist


Ia adalah koleksi perhiasan aneh yang merangkumi bahagian-bahagian badan yang dipotong dari boneka Barbie. Koleksi ini adalah kalung yang telah dibuat menggunakan payudara patung ini, anting-anting yang memaparkan bibir anak patung, dan beberapa anting mempunyai telinga.




Ada yang berminat nak cuba ke? Mana satu pilihan anda? -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 12:11 PM | Show all posts
Barang kemas ais pastinya tak sesuai dipakai di Malaysia tak sampai sepuluh minit pakai cair semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
X sejuk plak tetek ko pakai kalung ais tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik2 belako.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 01:06 AM | Show all posts
tak menggigil ke kopek pakai kalung ais tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha pelik2 Tak sanggup i nak pakai. Sape la yg brave sgt nak pakai benda2 gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2019 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
X sejuk ke tetek kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:28 AM | Show all posts
rantai ais tu klu pakai gi kedai mamak save kan
order teh o,  pastu campak rantai dlm gelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2019 11:21 PM | Show all posts
mmg pelik2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 08:11 AM | Show all posts
gelang gigi tu...ewwww!! tak sanggup nak pakai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053167 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list