Tular sekeping gambar yang memaparkan seorang pekerja pasar raya menyapu sampah di bawah rak.
Lebih mengecewakan ialah sisa-sisa atau bekas makanan dan minuman itu dibuang tanpa dibayar terlebih dahulu. Ia jelas menunjukkan masih wujud mentaliti orang sebegini biarpun tidak lama lagi kita akan mencapai tahun 2020.
Kredit foto: Twitter
Maka ramailah netizen memberi komen ia adalah panorama biasa di pasar raya, malahan turut berlaku di kedai serbaguna seperti Mr.Diy dan kedai RM2. Ianya berbalik pada mentaliti setiap individu hingga menjejaskan masyarakat keseluruhan. Kebanyakkan mereka yang melakukan ini kerana sudah mempunyai minda untuk makan dengan percuma lalu menyorokkan di tempat yang tidak nampak apabila sudah habis.
"Minda kelas ketiga. Apa yang anda nak jangka?"
Kredit foto: gambar hiasan
Bagi segelintir netizen, tidak mungkin pembeli yang melakukan perkara sebegini kerana dia tidak pernah nampak situasi sebegitu. Jadi, kemungkinan ia dilakukan oleh pekerja sendiri yang sudah tahu di mana tempat bahaya atau selamat.
Kredit foto: Carian Internet
Manakala bagi netizen yang lain pula, mereka pernah menyaksikan situasi janggal dan memalukan seperti ada anak beranak yang menukarkan telur gred C kepada telur gred A, budak-budak yang minum air atau aiskrim kemudiannya meletakkan kembali dan pelbagai lagi perbuatan tidak sepatutnya. Hal ini menjelaskan tiadanya kesedaran sivik dalam diri masing-masing. Kenapa pentingkan diri sendiri?
Jadi, jalan terbaik ialah terapkan kesedaran kepada anak-anak sejak kecil lagi dan jadikan ianya sebagai perkara wajib yang harus dipatuhi agar tidak menyusahkan mana-mana pihak. - CARI
|