Ini kerana berlakunya pencerobohan trek di antara Stesen MRT Taman Suntex dan Stesen MRT Taman Connaught dengan tujuan mencuri kabel. Suspek yang masuk ke dalam kawasan trek menggunakan jejantas perumahan Taman Sri Raya dengan memakai jaket keselamatan.
Kejadian ini disedari pihak MRT dan menyebabkan operasi MRT terpaksa dihentikan seketika sehingga jam 8.30 malam bagi tujuan keselamatan.
Suspek pada awalnya berjaya melarikan diri namun berjaya ditangkap dan berdasarkan daripada teknik pemotongan kabel, suspek dipercayai mempunyai kemahiran dalam bidang elektrikal dan dijangka akan dijual kepada kedai besi buruk dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Sejak memulakan operasi pada 2016, pihak Rapid Rail sudah mengalami kerugian lebih RM6 juta disebabkan kejadian kecurian kabel.
Ini bertentangan dengan
rumors yang tersebar di media sosial bahawa operasi MRT terhenti disebabkan oleh kejadian bunuh diri. Harapnya kejadian ini memberikan pengajaran kepada semua agar jangan cepat menyebarkan perkara yang belum pasti.
Apa pula pendapat anda?
- CARI