CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3582|Reply: 21

Zahir Di Mana Kamu, Nak?

[Copy link]
Post time 9-5-2019 02:14 PM | Show all posts |Read mode



Setiap anak yang dilahirkan ke dunia akan dipelihara dengan penuh kasih sayang umpama menatang minyak yang penuh. Sekiranya terjadi sesuatu pada anak, ibu bapalah  merupakan individu yang paling risau dan cemas.
  


  Begitulah yang berlaku pada Mohd Fauzi Abdul Ghafar, sejak kehilangan anak bongsu beliau 24 hari yang lalu. Anak kesayangan beliau Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi pada 16 April lalu. Anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah dan keluar untuk bermain dengan rakan pada hari tersebut.

  


Hingga hari ini, polis masih tidak menjumpai sebarang petunjuk baru mengenai kehilangan Zahir. Pihak polis mengharapkan bantuan daripada daerah-daerah lain di Malaysia serta maklumat daripada orang ramai untuk mengesan kanak-kanak ini.




Bapa Zahiruddin iaitu Mohd Fauzi Abdul Ghafar, 45, memaklumkan bahawa segala ikhtiar telah dilakukan pihaknya agar anaknya segera ditemui. Solat hajat juga dilakukan selain mengharapkan maklumat daripada pihak polis.




Mohd Fauzi turut berkongsi luahan rasa hatinya melalui laman facebook mengenai kehilangan anaknya yang sudah masuk hari ke 24.








Beliau juga turut berkongsi kembali  maklumat kehilangan anaknya itu.






Bapa Zahir, Mohd Fauzi Bin Abdul Ghaffar mengalami sakit tulang belakang (PROLAPSED INTERVERTEBRAL DISC Of L4/L5 And L5/S1 with annular tear of L5/S1 level) sejak sekian lama. Penyakit ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja. Sejak menghidap penyakit ini beliau hanya bergantung kepada ubat penahan sakit dan rawatan fisioterapi. Kehidupan Mohd Fauzi ibarat kata pepatah; 'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Sudahlah beliau sendiri sakit, kini anak pula hilang dan masih belum ditemui.

  Namun begitu, menurut beliau ia tidak sedikitpun melunturkan semangat beliau, jauh sekali berputus asa untuk terus memanjatkan doa agar Zahir segera dijumpai serta keluar mencari Zahir setiap hari. Orang ramai turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Mohd Fauzi dan keluarganya. Mereka semua turut mendoakan agar Zahir segera ditemui kembali dengan selamat di samping menitipkan kata-kata semangat untuk Mohd Fauzi.













Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini bolehlah menyumbang menerusi maklumat seperti berikut:




  
Nama : Mohd Fauzi Bin Abdul Ghaffar


  
Bank : Maybank Berhad


  
No/Akaun : 162263541748


  


  Semoga sumbangan orang ramai ini sedikit sebanyak membantu keluarga malang ini dan memberikan pahala berlipat kali ganda kepada penyumbang jua.- CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 9-5-2019 02:37 PM

Agak pelik perilaku bapaknye yach..  Meratap hibe karang madah berlingkar2 di socmed?  Siap bagi nombor akaun.  Apekah??

Aku rase terok dia dah balun anak dia tu sampe budak tu lari.  Nostalgia drama tamil panahan maut..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 02:37 PM | Show all posts
Allahu.....kes2 mcm nilah yg takut sekali nak dgr...
dah 24 harih ilang...x kan xde sesiapa yg pernah nampak kelibat adik ni?
Semoga dipermudahkan urusan menemukan adik ni.
Lindungilah dia Ya Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
macam dongeng posting bapaknya tu.. tah pape.. tulis ringkas dan parat takleh ke. anyway moga adek selamat ditemui... pasni jangan suka suki keluar main.. adik masih kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:35 PM | Show all posts
Doakan yang terbaik kepada adek, mohon keselamatan dan kesejahteraan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 04:49 PM | Show all posts
anak hilang tapi minta derma? hmmmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2019 04:52 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-5-2019 04:49 PM
anak hilang tapi minta derma? hmmmm...

lebih mulia dia dari kau masuk opis main forum sampai balik

cukup time dengar azan, anak2 kau buka puasa makan hasil haram kau
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak hilang tapi minta derma???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sitirum: lebih mulia dia dari kau masuk opis main forum sampai balikcukup time dengar azan, anak2 kau buka puasa makan hasil haram kau


Tibahhh mengharamkan makan minum org ko kenapa sis,  period ke emo nk mmpos
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:06 PM | Show all posts
budak tu lari sebab didera
bapa sendiri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 masih hidup. Jangan la biar budak2 keluar main sendiri. Jangan malas bawak pegi taman. Tak serik2 lah makpak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 9-5-2019 06:06 PM
budak tu lari sebab didera
bapa sendiri ka?

Si heroin tamil tu.  Mendayu2 kat socmed last2 turon-naik court berkelubong..  Anak2 pulak dakwe dicabul dalam tahanan.  Tapi yang paling champion bapak si Zahir lah..  Siap bagi nombor akaun..

Samirah terlupe lettew..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih belum jumpa budak ni, ada terbaca haritu. Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ni. Tak boleh iol nak bayang how nak hidup kalau hilang anak {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya bagi nombor telefon kalau sesape ternampak.. bukan no acc bank..
Ayat dia mcm mintak simpati je bukan betul2 nak cari anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 10:46 PM | Show all posts
Anak hilang tpi dh mcm nak minta derma. Fishy.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni ada keluarga baru ke? Pejam celik dah berpuluh hari adik ni hilang. Kemana lah dia pergi? Ntah makan apa kat luar tu. Tak lama nak raya dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Why bagi no akaun bank?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik la.. knpa nk bg no acc bank? pkcik ni hidup susah ke? ke nk kluar cari anak dia smpai netizen kena bg sumbangan utk isi minyak and tol?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 9-5-2019 02:34 PM
Agak pelik perilaku bapaknye yach..  Meratap hibe karang madah berlingkar2 di socmed?  Siap bagi nom ...

aku pun rasa pelik ngan bapak dia...  jalan mudah nak duit?  sebab dia siap ada keluarkan statement ni...
Bapa Zahir, Mohd Fauzi Bin Abdul Ghaffar mengalami sakit tulang belakang (PROLAPSED INTERVERTEBRAL DISC Of L4/L5 And L5/S1 with annular tear of L5/S1 level) sejak sekian lama. Penyakit ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.
boleh je keje cuma ada limitasi...  aku ada tear kat dua disc lagi n soon nak kena buat fusion surgery...  alhamdulillah masih boleh bekerja...  kawan aku siap buat lagi kat dua tempat, alhamdulillah boleh kerja jugak...  nak atau tidak je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 03:10 AM | Show all posts
ambik kesempatan nak pungut derma..
bukan dia bela anak tu pun..

ntah2 car pun setakat lepas batuk di tangga je..
yang bertungkuslumus ibu..entah2 nafkah anak pun ko xpernah bagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.298615 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list