Gambar hiasan.
Kredit foto: Carian Google
Kurang tidur akan menyebabkan kita berasa letih dan lesu semasa berpuasa pada siang hari dalam bulan Ramadan. Apa perlu kita buat bagi mengatasinya?
Masalah itu boleh diatasi melalui tujuh tip yang dikongsikan laman sesawang Sonno bagi membantu anda tidak mengantuk ketika berpuasa.
Kredit foto: Carian Google
1. Jadikan rutin untuk tidur selewat-lewatnya pada jam 11 malam. Lakukan solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan membaca buku sebelum waktu tersebut.
Kredit foto: Carian Google
2. Luangkan masa untuk tidur siang (power nap) tidak melebihi 20 minit di tempat kerja. Jangan tidur melebihi tempoh tersebut kerana ia akan membuatkan anda berasa pening.
3. Pastikan lampu dipadamkan dan suhu bilik antara 18 hingga 21 Celsius bagi memudahkan anda tidur nyenyak pada waktu malam.
Kredit foto: Remaja
4. Elakkan makanana berkalori tinggi, berminyak atau terlalu pedas semasa berbuka puasa kerana ia akan menggangu tidur anda. Pilih makanan yang seimbang, banyak sayuran hijau dan protein.
5. Utamakan kurma berbanding pemanis mulut kerana buah dengan antioksidan yang tinggi itu membantu mengurangkan kadar gula dalam tubuh.
6. Minum banyak air kosong dan pada masa sama, kurangkan meminum kopi, teh serta minuman berkarbonat.
Kredit foto: YADIM
7. Ambil wuduk sebelum tidur kerana dari segi kesihatan, ia membantu mengurangkan suhu badan dan membantu anda tidur lebih lena.
Semoga tips yang dikongsikan ini membantu anda menikmati tidur berkualiti sekali gus menjadikan anda lebih cergas untuk melakukan amal ibadah dan bekerja sepanjang bulan Ramadan. - CARI |