|
Bayi berusia lapan bulan maut digilis lori akibat kecuaian ibunya yang leka melayan media sosial.
Tragedi yang berlaku di Samut Prakan, tengah Thailand itu menyaksikan bayi berkenaan, Nontawat Saingam, sedang bermain di depan rumah semasa ibunya, Wilawan Pitpan, 32, berbual dengan kakaknya di mesia sosial.
The Sun melaporkan, bayi yang berada di walker itu keluar dari pintu pagar dan menuju ke arah jalan raya.
Melalui rakaman CCTV, roda belakang walker tersebut dilanggar oleh lori menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Tengkorak mangsa pecah dan patah kaki kanan.
Foto: Facebook
Ibunya menyatakan, “Apabila terdengar bunyi dari jalan raya, saya terkejut mendapati anak tiada lalu terus ke luar dan melihat kemalangan itu."
Sementara itu, pemandu lori, Sanan Sopapong, 61, berkata, dia memandu dari tapak pembinaan yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.
“Saya tidak memandu laju kerana jalan sempit dan terkejut tiba-tiba seorang bayi di dalam ‘walker’ melintas jalan.
“Ia terlalu dekat, saya membelok bagi mengelak namun bayi itu termasuk ke bawah lori.” -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|