Bulan Ramadan menjelma dan isu Aliff Aziz curang sudah seperti drama yang mempunyai banyak episod. Baru-baru ini, sekali lagi Aliff Aziz menjadi bualan rakyat Malaysia apabila gambar intimnya bersama seorang wanita tersebar.
Tak perlulah kita ulas lagi berkenaan isu Aliff Aziz yang curang ini. Kita ambil pengajaran sahajalah dari isu curang ini. Apa yang menarik perhatian dan perlu dibincangkan adalah Alif Satar yang terkena tempias isu curang Alif Aziz ini. Sekali lagi!
Kalau korang perasan, setiap kali isu yang melibatkan Aliff Aziz, pasti Alif Satar akan terkena tempiasnya. Baru-baru ini, Alif Satar memuat naik gambarnya 'facepalm' kerana sekali lagi dia menjadi mangsa serangan netizen.
Walaupun sesetengah netizen menyerang Instagram Aliff Satar secara gurauan, itu tetap tidak patut dilakukan dan bukanlah satu bahan gurauan kerana kita semua tahu Alif Satar ialah seorang suami yang baik.
Buat korang yang dekat luar sana tu, lepas ni jangan confuse pula Aliff Aziz dengan Aliff Satar okay! - CARI
Post time 15-5-2019 12:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meluat menyampah baca komen2 serangan acah2 melawak dan konon2 tak kenal alif satar tu. Setiap kali ada isu diorang gi buat "lawak" camtu kat alif satar. Mau tak annoyed mamat tu. Takkan la tak reti2 lagi nak beza semua alif ni. Mengada2 je diorang tu acah2 tak kenal.