CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4614|Reply: 10

Balut Anak Dengan Plastik Sampah, Perkongsian Cikgu Ini Buat Netizen Pilu..

[Copy link]
Post time 17-5-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Seperti pekerjaan-pekarjaan lain, guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam tugasan mereka. Cabaran itu bertambah apabila mereka ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman.


Sempena Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada bekas guru mereka melalui media social. Bagi guru-guru pula, ramai yang turut mengimbau cabaran selama kerjaya mereka. Bagaimanapun, perkongsian seorang guru bernama Helley Jodir menyentuh hari  netizen.





Kredit foto: Facebook








Cikgu Helley ialah seorang guru yang bertugas di SK Magandai, sebuah sekolah pedalaman di Kota Marudu, Sabah yang hanya boleh dihubungi oleh jalan raya tidak berturap melalui hutan tebal selama beberapa jam perjalanan.


Menurut Cikgu Helley, kira-kira tujuh tahun yang lalu, beliau dan dua orang anaknya, termasuk seorang bayi dan adik perempuannya,  menumpang kereta Guru Besar untuk kembali ke sekolah. Turut bersama mereka adalah kerani sekolah tersebut.




Kredit foto: Facebook





Malangnya oleh kerana keadaan denai yang teruk berlubang, kereta guru besar telah mengalami kerosakan. Cikgu Helley, adiknya dan dua orang anak kecilnya memutuskan untuk meneruskan perjalanan bersama-sama dengan kerani sekolah tersebut manakala guru besar menunggu bantuan untuk membaiki kenderaannya.




Kredit foto: Facebook







Memandangkan perjalanan berjalan kaki melalui jalan denai utama bakal memakan masa 4-5 jam, mereka memutuskan untuk mengambil jalan pintas melalui hutan rimba. Malang bertimpai-timpa apabila hujan lebat mulai turun dan cuaca mulai gelap.


Dalam hujan keadaan hujan itulah, plastik sampah menjadi aset penting  apabila Cikgu Helley menggunakannya untuk menyelimuti bayinya dan menjadi payung mereka untuk mengelak hujan.





Kredit foto: Carian Google




Kredit foto: Carian Google







Menurut Cikgu Helley, akhirnya setelah setelah melalui liku-liku perjalanan dengan ketakutan, kesejukan, kelaparan, tersungkur jatuh kerana kecuraman dan hampir merangkak, merentasi sungai dan sesat, mereka berjaya menemui jalan pulang setelah terserempak dengan seorang anak muda yang kebetulan dalam perjalanan ke kebunnya.





Kredit foto: Wikimapia







Cikgu Helley, adiknya dan anak-anaknya berjaya tiba di sekolah hampir tengah malam, dan dengan berkat plastik sampah itu bayinya tidur lena, tidak bangun atau menangis.


Perkongsian Cikgu Halley menyentuh hati ramai netizen yang mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terpaksa berdepan dengan cabaran getir bertugas di pedalaman.


Kredit foto:

Kredit foto:





Selamat Hari Guru diucapkan kepada Cikgu Helley dan guru-guru seluruh Malaysia. Jasamu dikenang. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2019 01:20 PM | Show all posts
Realiti yang pahit buat cikgu2 yg mengajar di pedalaman

Selamat Hari Guru
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 02:03 PM | Show all posts
Guru2 yang bertugas diluar bandar ni selalunya punya semangat yang kuat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 02:05 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-5-2019 01:03 PM
Guru2 yang bertugas diluar bandar ni selalunya punya semangat yang kuat

agreed!! cekal dorg kena posting ke situ and berbakti..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 02:22 PM | Show all posts
cikgu2 yg mcm ni aku ak mmg respect
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mereka dan anak anak. Demi anak anak didik mengenal a b c 1 2 3. Realiti di pedalaman. Ada sorang member kat daerah pedalaman Sarawak kalau tak silap. Ape nama Selingsih ke ape. Dah sampai bandar besar, naik lagi boat 3 jam. Sambung lagi perjalanan naik land rover beberapa jam. Baru sampai tempat dia mengajar/rumah.

Nak dapat bekalan daging halal pun agak susah jadi mostly makan ayam sembelih sendiri (sampai expert bab sembelih ayam) dan ikan.

Aku salute mereka yang bertugas di pedalaman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2019 07:46 AM | Show all posts

Elok bagi lebih sikit bonus kpd cikgu cikgu yg mengajar di ceruk pendalaman.


Terimakasih atas jasa mereka mengajar anak bangsa kita.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2019 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 18-5-2019 07:46 AM
Elok bagi lebih sikit bonus kpd cikgu cikgu yg mengajar di ceruk pendalaman.



Memang ada elaun pedalaman gomen bagi sejak zaman Pak Lah. Nak harapkan Madey, mintak maaf jah.

Sekolah pedalaman ni ada 3 kategori. P1 (RM 500), P2 (RM 1k), P3 (RM 1.5k). SK Magandai ni jika dilihat dari gambar, masuk area P2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2019 01:01 PM | Show all posts
dlm kita bermewah2an, sayu hati baca kesusahan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 02:04 PM | Show all posts
Ok, baca ni terus insaf. Seriously.
Dah tak mau complain anak aku tak cukup baju atau mainan lagi dah... 😓
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Cikgu
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041704 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list