View: 2428|Reply: 12
|
Dipaksa Tinggal Rumah Mentua, Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Kereta Api
[Copy link]
|
|
Seorang wanita maut selepas bertindak terjun dari kereta api yang sedang bergerak.
Gayatri Jaiswal disahkan mati di tempat kejadian, sementara bayinya yang berusia lapan bulan mengalami kecederaan ringan.
India Today melaporkan, suami wanita berusia 24 tahun itu sendiri buntu dengan tindakan isterinya.
Foto: India Today
Sushil menyatakan, "Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini. Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang, kini ia tinggal impian sahaja.
Polis menyatakan wanita itu tidak berpuas hati kerana terpaksa tinggal di rumah keluarga mentua.
Malah sebenarnya dia mahu tinggal berasingan dengan suami dan anak.
Bagaimanapun motif sebenar masih lagi disiasat. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
susah nak percaya cakap sebelah pihak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ke laki yg tolak??
Tak pun mertua kejam hanat |
|
|
|
|
|
|
|
Sushil menyatakan, "Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini. Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang, kini ia tinggal impian sahaja.
Kalau dia naik kapal terbang lg haru di buatnya nk terjun dr atas |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti mentua from hell. Menantu sanggup bunuh diri dari tinggal sama. Wakakkaka |
|
|
|
|
|
|
|
Memang malang bagi wanita India/Pakistan/Nepal/Bangladesh sebab selepas je berkahwin mereka terpaksa hidup dengan keluarga mertua.
Duduk la berhimpit2 dengan segala ipar duai. Masakkan cuci pakaian segala.. dah la sebelum berkahwin terpaksa serve adik beradik keluarga sendiri. Lepas berkahwin kena serve keluarga mertua pula sampai lah meninggal.
Begitulah kitaran hidup mereka.
Sebab tu aku kata malang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduuyaiii ksian lak pada anak kecik tu
Memang tradisi india lepas bkawen duk gan mentua
Hatta slepas salah sorang lakibini mninggal
Kata kawan kita laa lebih makan hati dri happy kata yer
Hadap laa peel seisi kluarga |
|
|
|
|
|
|
|
kawan i sekelas memang dari india. dia nak kawen taun depan. i usik dia habisla belajar tinggi2 kena duduk dan serve mak mentua. dia kata bullshit jah
katanya:
yang moden2 duduk bandar memang dah tak duduk sekali dgn mertua. kalau kena duduk dgn mertua, kebanyakan taknak kawen (sekedudukan) atau kawen lambat sampai dorang berdua mampu sewa rumah sendiri.
kes kawan i, bapak dia kaya. so dia mintak bapak dia sediakan rumah untuk dia duduk.
senang dia nak halau laki dia kalau buat hal.
|
|
|
|
|
|
|
|
barfi replied at 21-5-2019 10:29 PM
Memang malang bagi wanita India/Pakistan/Nepal/Bangladesh sebab selepas je berkahwin mereka terpaksa ...
Kesian ya.
Dahla hantaran pihak perempuan yg sediakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
I baca dekat iium tajuk psal miskin. This is 1 of the reason kenapa org hina org miskin gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb org miskin mostly menyusahkan kehidupan org lain. Dah xmmpu menyewa xpyh la kahwin |
|
|
|
|
|
|
| |
|