View: 1230|Reply: 0
|
Majlis Iftar Terbuka Di London Dapat Sambutan Orang Awam
[Copy link]
|
|
Sesiapa yang pernah menetap di luar negara, pasti dapat merasai betapa berbezanya perasaan menyambut bulan Ramadan di negara asing. Ukhuwah persaudaraan di dalam komuniti muslim di tempat orang sememangnya satu perasaan yang istimewa.
Setiap tahun, kegiatan dakwah kepada komuniti bukan muslim diadakan demi mewujudkan kefahaman terhadap ajaran Islam di samping menarik mereka supaya berminat dengan Islam.
Baru-baru ini, persatuan Muslim Outreach dan Kingston Muslim Association berkolaborasi mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) tahunan yang dibuka kepada orang awam di bahagian barat daya London. Majlis ini disertai lebih kurang 100 tetamu yang juga terdiri daripada bukan muslim.
Dalam majlis tersebut, orang ramai berpeluang mempelajari serba sedikit tentang sejarah kenabian menurut Islam dan kepentingan bulan suci Ramadan.
Selepas azan Maghrib dilaungkan, pelbagai juadah dihidangkan. Antara juadahnya termasuk Ayam Morocco dan kuskus, Shawarma, dan Samosa Pakistan, di samping pencuci mulut seperti buah-buahan.
Kredit foto: Facebook
Salah seorang tetamu di majlis itu, Isaiah berkata, dia menyangka umat Islam hanya tidak makan dan minum semasa bulan Ramadan, namun selepas majlis itu barulah dia tahu bahawa Ramadan juga bulan di mana umat Islam meningkatkan ibadah.
Terdapat juga orang awam yang cuba berpuasa bersama-sama Muslim di sana dan merasai sendiri saat-saat berbuka puasa pada majlis tersebut.
Dengan adanya majlis iftar terbuka sebegini, pastinya komuniti bukan muslim lebih memahami selok-belok agama Islam. Syabas atas usaha itu! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|