View: 1043|Reply: 0
|
Isu PTPTN : Adakah Akan Wujud "U-Turn" Sekali Lagi Oleh Kerajaan PH?
[Copy link]
|
|
Foto: Carian internet
Dewan Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia (IKATAN) menganggap janji PH untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN dan menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti hanyalah "sembang" kosong yang tidak akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.
Menurut Ketua Pemudanya, Shahrir Adnan, rakyat, terutamanya golongan muda, telah ditipu oleh janji kosong dan harapan palsu. Beliau juga mengulas tentang begitu banyak dolak dalih yang dibuat oleh pihak kerajaan setelah setahun mentadbir negara.
Berdasarkan Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, janji keenam adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
"Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam".
Dalam taklimat bersama media yang turut dihadiri Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan (16 Mei 2019), pentadbiran PTPTN memaklumkan pihaknya sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan, menurut laporan media.
Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid memberi respon bahawa sekatan perjalanan merupakan kaedah paling BERKESAN oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang culas dalam membuat bayaran.
Selain itu, wujudnya cadangan menyekat peminjam yang ingkar tersebut daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan yang akan dibawa kepada kabinet.
Foto Carian internet
Berikut merupakan kronologi pengumuman berkaitan PTPTN semenjak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH):
1. Pusingan-U pertama dibuat apabila pihak kerajaan PH mengatakan "Manifesto bukan kitab suci" apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan.
2. Pusingan-U kedua dibuat apabila kajian mahu dilaksanakan berkenaan janji mereka iaitu gaji minimum RM4,000 bagi pembayaran balik PTPTN.
3. Pusingan-U ketiga dibuat apabila peminjam dikeluarkan dari senarai hitam, tetapi berdepan risiko bankrap atau muflis jika tidak membuat pembayaran balik.
4. Pusingan-U keempat dibuat apabila skema pemotongan gaji melalui peratusan yang tidak adil dan munasabah untuk anak-anak muda.
5. Pusingan-U kelima dibuat apabila mereka mahu menyenaraihitamkan semula peminjam supaya tidak ke luar negara. Ditambah pula dengan peraturan zalim untuk mengenakan sekatan ke atas pembaharuan pasport, lesen memandu, dan cukai jalan.
6. Adakah pihak kerajaan PH akan membuat pusingan-U seterusnya? Jeng jeng jeng.
"Kita harap anak-anak muda mula berfikir dan tidak lagi ditipu oleh janji dan harapan palsu Pakatan Harapan," tegas Sharir.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat situasi ini memburukkan lagi keadaan anak-anak muda yang makin dihimpit dan ditekan oleh dasar-dasar tidak munasabah Pakatan Harapan. - CARI
Sumber |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|