View: 3596|Reply: 12
|
Sebelum Ramadan Berakhir, Ini Tradisi Unik Menyambut Ramadan Di Beberapa Negara
[Copy link]
|
|
Pejam celik pejam celik, Ramadhan kali ini sudah menghampiri ke penghujungnya. Indah dan meriahnya bulan Ramadan pasti dapat dirasai setiap umat Islam di seluruh dunia dengan pelbagai tradisi berbeza dibudayakan sejak sekian lama lagi.
Jika di Malaysia, selain amal ibadat dan solat terawih, Ramadan terkenal juga dengan kemeriahan di bazaar ramadan dan penyediaan makanan bufet di beberapa restoran serta bubur lambuk yang sudah menjadi kewajipan.
Namun, bagaimana pula sambutan di negara lain? Adakah sama, atau berbeza?
Ini antara 10 negara yang menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh unik dan meriah seperti dipetik daripada IDNTIMES.
1. Qatar
Kredit Foto : Google
Festival Garangaou bagi umat muslim di Qatar. Setiap 13,14 dan 15 Ramadan selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, kanak-kanak di Qatar akan berpakaian khas untuk merayakan perayaan Garangaou.
Dalam perayaan ini kanak-kanak lelaki akan menggunakan pakaian arab yang bersulam dan berbenangkan emas. Mereka akan berjalan sambil menyanyi disepanjang jalan pada masa yang sama berhenti dari rumah ke rumah untuk meminta gula-gula dan kek.
2. Turki
Kredit Foto: Google
Penduduk Turki akan mengenakan pakaian terbaik mereka yang dikenali sebagai bayramlık. Mereka juga akan berkunjung ke rumah keluarga dan sahabat terdekat.
Pelbagai acara juga sering diadakan untuk menghiburkan kanak-kanak dan warga asing.
3. Jepun
Kredit Foto: Google
Umat Islam di Jepun bukanlah majoriti, tetapi ketika bulan Ramadan tiba, mereka akan berkumpul dan membagikan kebahagiaan. Saat bulan puasa, umat Islam di Jepun akan berkumpul di Japan Islamic Centre dan membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab menyusun aktiviti untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan akan menerbitkan jadual puasa lalu mengedarkannya ke masjid, rumah warga Muslim dan restoran halal di seluruh Jepun.
4. Jerman
Kredit Foto: Google
Masakan Turki di Jerman merupakan salah satu juadah penting selama bulan Ramadan di negara itu. Hal ini kerana kebanyakan orang Islam di Jerman adalah orang Turki. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suasana Turki akan dirasakan di Jerman pada bulan Ramadan.
Antara masakan Turki yang popular di sana adalah suus (minuman mentah yang terbuat daripada gula hitam), dschellab (gula dan sirip sawit), qamruddin (jus aprikot), qata'ef (pastri direndam dalam sirap gula), dan kalladsch (pilo dough yang diisi dengan kacang).
5. Mesir
Kredit Foto: Google
Menjelang Ramadan, umat Muslim di Mesir akan memasang lampu pelita yang dihiasi ukiran khas di halaman rumah mereka. Tradisi ini dimulai sejak Dinasti Fattimiyah di mana ia dipasang untuk menyambut kedatangan pasukan Raja yang datang berkunjung menjelang Ramadan.
Tidak hanya itu, selama bulan puasa warga Muslim Mesir juga akan menyajikan hidangan manis bernama Kunafa yang sering ditemukan saat Ramadan tiba.
6. Palestin
Kredit Foto: Google
Seperti negara Islam lain, keluarga di Palestin akan berkumpul apabila berpuasa dan mereka juga akan mengedarkan makanan sebelum senja. Biasanya, penduduk Palestin akan makan hidangan Timur Tengah yang tipikal seperti salah satunya adalah falafel.
Walau bagaimanapun, konflik di Semenanjung Gaza mula menghapuskan tradisi ini.
7. Iraq
Kredit Foto: Google
Pasaran tradisional di Iraq sentiasa dibanjiri dengan peniaga yang menyediakan gula-gula dan kuih kering. Pembeli sangat bersemangat untuk membeli makanan ini untuk ahli keluarga mereka di rumah. Walau bagaimanapun, tradisi ini telah berubah sejak perang dan konflik yang berlaku di Iraq.
8. Australia
Kredit Foto: Google
Di bandar-bandar Islam di Australia ia sangat tenang pada siang hari. Namun, saat malam tiba setiap pinggir jalan akan dimeriahkan dengan acara festival makanan.
9. Arab Saudi
Kredit Foto: Google
Di Arab Saudi, semua pasar raya, kafe dan restoran ditutup pada siang hari. Jadi, jika anda tidak berpuasa, jangan haraplah untuk membeli makanan di luar pada siang hari.
10. Indonesia
Kredit Foto: Google
Indonesia mempunyai banyak tradisi Ramadan yang meriah. Salah satunya adalah penduduk setempat akan berjalan beramai-ramai mengejutkan orang untuk bangun sahur.
Ada sambutan yang lebih menarik dan meriah di negara lain? Jom kongsikan dengan kami! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia.
Bunyi dentuman mercun tak henti henti bila berakhirnya ramadhan sampai lepas hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
Menariknya kat negara lain! |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya ummah muslim japang...tanpa bidaah gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik.. kat Malaysia main mercun la |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ada moreh kt masjid, sedap2 pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ada bazar Ramadhan dan moreh di masjid |
|
|
|
|
|
|
|
yezaaa... moreh dan mercun.. tp mercun cannot.. tiap taun ada kes jari hancussss |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat kg ioals dlm 2, 3 thn kebelakangan ni.. para belia selalunya dlm 15 ke 20 org camtu berkonvoi bertakbir dr rumah ke rumah di mlm raya. Mana2 tuan rumah yg baik hati akn jamu diorg air ke kudap2an ke |
|
|
|
|
|
|
|
malam tujuh likur xde ke chuollss? |
|
|
|
|
|
|
|
How nice! Bestnya setiap negara ada tradisinya, teringin nak merasai suasana di luar negara2 lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|