Kredit foto: IG Nabila Razali
Alamak, Nabila Razali diserang isteri orang sebab membalas komen sweet ditinggalkan seorang peminat berstatus suami?
Aduhai, nasiblah apabila wanita lain terasa hati hingga meminta penyanyi berkenaan menyekat akaun suaminya itu.
Menceritakan perkara itu kepada Harian Metro, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, tidak menyangka tindakannya membalas komen peminat berkenaan di Twitter menimbulkan kecemburuan dan kemarahan isterinya.
Nabila bagaimanapun menegaskan dia melayan semua peminat secara sama rata di laman sosial.
"Sebagai artis, saya perlu membalas setiap komen daripada peminat kerana tanpa peminat siapalah saya," ujarnya yang menjelaskan hubungannya bersama peminat di laman sosial adalah sekadar hubungan antara artis dan peminat, tidak lebih daripada itu.
Sementara itu, menerusi temu bual bersama mStar, Nabila memohon maaf kepada wanita berkenaan.
Kredit foto: IG Nabila Razali
"Saya minta maaf sekiranya hati awak terguris," katanya yang turut menasihati suami wanita terbabit supaya menjaga batasan ketika meninggalkan komen di laman sosial wanita lain.
Alahai, semoga isu ini tidak menjejaskan hubungan pasangan suami isteri terbabit. - CARI
|