Kebanyakan lelaki, waktu muda remaja atau sekitar 20-an dulu selalunya aktif bersukan dan menjaga kesihatan. Setakat 10 kali tekan tubi, apalah sangat kan?
Tapi, bila dah menginjak usia 30-an, kemudian 40-an dan 50-an, ramai yang mula bermalasan. Yalah, sebab sibuk bekerja, menjaga anak-anak dan isteri serta segala macam lagi benda nak dibuat. Manalah ada masa nak bersenam macam dulu lagi.
Sebenarnya trend ini bahaya untuk kesihatan sebab macam-macam penyakit boleh datang. Kalau bukan penyakit 'tiga serangkai' atau stroke (angin ahmar) kita sangat berisiko terkena serangan jantung walaupun sebelum ini tidak pernah ada tanda sakit.
MAKAN TAK JAGA, BERSENAM TAK, MEMANG MUDAH KENA SAKIT JANTUNG
FOTO: FORTUNE
Jadi, penyelidik University Harvard menjalankan kajian mengenai cara mudah untuk mengesan risiko sakit jantung yang juga antara penyakit pembunuh utama lelaki.
Jawapannya mudah, kalau gagal melakukan tekan tubi sekurang-kurangnya 10 kali, maksudnya risiko kena sakit jantung sangatlah tinggi.
Bagi lelaki yang boleh melakukannya lebih 40 kali, risiko kena serangan jantung turun 97 peratus dalam tempoh 10 tahun. Maksudnya, dalam 10 tahun lagi, 97 peratus kemungkinan anda tidak akan kena sakit jantung kalau boleh buat senaman ini sekarang. Ada berani cuba?
Penyelidik menggunakan senaman itu untuk mengukur risiko berkenaan sebab senaman jenis ini didapati sangat berkait rapat dengan kekuatan jantung berbanding berlari atau senaman lain.
Ada logiknya juga sebab kalau sesiapa yang pernah melakukan tekan tubi pasti merasakan kesukarannya. Boleh putus nafas dibuatnya!
BERSENAM TAK LA NAK JADI FIT MACAM LEE CHONG WEI
FOTO: SPORTS247
Jadi, bolehlah mula buat 'push up' sekarang dan tengok macam mana keadaan tubuh anda. Marilah sama-sama ubah gaya hidup kita. - CARI |