Menurut laporan
Forbes.com, perceraian Adele akan tertumpu kepada pembahagian harta penyanyi itu yang kini dianggarkan bernilai ASD180 juta (RM744.32 juta) sekiranya Adele dan bekas suaminya memfailkan kes cerai itu di California.
Adele dan bekas suaminya menetap di California sejak mereka berkahwin. Bekas suaminya bekerja di sana dan Adele pula dikatakan sukakan cuaca panas California berbanding cuaca sejuk London, tempat asalnya.
FOTO: METRO.CO.UK
Menurut undang-undang California, bekas suami Adele berhak mendapat separuh pendapatan Adele sepanjang mereka berkahwin. Menurut
majalah People pula, kekayaan Adele pada 2018 mencecah mencecah ASD180 juta dan
sebahagian besar kekayaan itu diperolehinya ketika berkahwin.
Maka, bekas suaminya boleh menuntut 50-50 kekayaan Adele kerana undang-undang harta sepencarian ini. Malangnya, pasangan itu tidak menandatangani perjanjian "pre nup" sebelum berkahwin.
Perjanjian "pre nup" adalah perjanjian antara pasangan yang memastikan harta masing-masing tidak terusik sekiranya rumah tangga yang dibina hancur berkecai.
Mungkin, Adele sangat percaya kepada cinta dan tidak pandang kepada duit sangat sehingga tidak membuat perjanjian ini. Katanya, dalam satu wawancara bersama
majalah Variety:
"duit tak penting dalam hidup saya".
Agaknya, kalau kita ada duit sebanyak Adele, sanggup tak buat perjanjian "pre nup" atau percaya sampai mati pada pasangan? -
CARI