View: 2656|Reply: 5
|
Laudya Tidak Mahu Kongsi Lagi Gambar Engku Emran Kerana Jadi Sasaran Wanita Pera
[Copy link]
|
|
Selepas mengambil keputusan untuk bercerai pada 2014, Erra Fazira dan Engku Emran telah pun membawa haluan hidup masing-masing. Anak daripada hasil perkahwinan mereka iaitu Engku Aleesya juga dijaga baik oleh kedua-dua mereka.
Walaupun Erra masih solo, Engku Emran telah bertemu dengan cinta baru iaitu pelakon Indonesia terkenal iaitu Laudya Cynthia Bella dan telah pun mendirikan rumah tangga pada 2017.
Kredit foto: Instagram
Seronok melihat kebahagiaan mereka, namun baru-baru ini Laudya telah memuat naik satu IG Story di mana dia menyatakan bahawa ini adalah kali terakhir dia akan menayang gambar suaminya.
Kredit foto: Instagram
"Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.
"Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik)," luahnya menerusi IG Story itu.
Menurutnya, hal ini dilakukan kerana ada wanita di luar sana yang cuba meragut kebahagiaan rumah tangga yang dibina mereka.
Walau bagaimanapun, pelakon wanita itu kelihatan masih memuat naik posting bersama suaminya selepas kenyataannya itu.
Kredit foto: Instagram
Pantang nampak elok sikit mesti ada yang nak rampas. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
maaf sis..thread dah ada..sma dah membawang kat situ
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1174801&highlight=laudya
@friedfishsoup |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 23-9-2019 05:05 PM
maaf sis..thread dah ada..sma dah membawang kat situ
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthr ...
Ni kongsi Tular dah... I tak jaga sini |
|
|
|
|
|
|
|
oh notedd...no wonder post keep repeating ek...sorang bukak dlm tular, sorang bukak dlm gossip..haizz...BBNU btol
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanya sama erra, apa pasal cerai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|