CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20519|Reply: 56

Ramai Yang Marah Bila T-Shirt Dan Seluar Trek Tak Boleh Masuk Pool, Walhal Ini C

[Copy link]
Post time 23-9-2019 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Isu BMF memang panas. Hinggakan ada isu yang tidak berkenaan pun turut terpalit sama. Apabila sesetengah hotel tidak membenarkan pengunjung bermain di kolam renang dengan alasan pakaian tidak bersesuaian, ianya turut dikritik oleh pengamal BMF dengan mengatakan bias.



Sedangkan isu sebenar adalah untuk kepentingan kolam mandi itu sendiri. Ini kerana pakaian yang tidak sesuai (selain baju renang), ianya akan merosakkan sistem penapisan kolam tersebut. Ini yang ramai tidak tahu.



Jadi, salah hotel kah tidak menerangkan secara terperinci hal ini atau sesetengah warga Malaysia yang tidak prihatin dengan isu sebenar?



Twitter



Disebabkan ramai yang turun ke kolam renang berpakaian biasa (baju kain kapas, seluar track, tudung satin) ia memungkinkan pakaian inilah yang menyebakan sistem penapisan kolam renang tersekat dalam masa yang panjang.









Hal ini membuatkan ada sesetengah taman teman atau hotel yang hanya membenarkan pakaian renang sahaja dibolehkan memasuki ruang mereka.







Namun, isu ini yang ramai tidak faham. Kata mereka, pihak berkenaan sengaja menyusahkan muslimah yang mahu berenang kerana baju renang tidak sesuai. Hanya menampakkan aurat mereka.







Oleh sebab itu, ramai yang membidas golongan ini sebagai bodoh sombong.



Gambar hiasan




Jadi, diharap dengan ilmu baru ini, lebih ramai yang peka mengapa sesetengah pihak tidak membenarkan bukan pakaian renang berada di kolam renang.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 04:59 PM | Show all posts
org masuk berbayar bukan free, jadi apa2 kerosakan atau maintenance kolam renang tu korang tanggung sendiri la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis ni sebenarnya nak smpaikan benda lain
Bukan pasal kolam renang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:18 PM | Show all posts
zaman ni macam-macam patern swimming suit muslimah ada jual..
beli je la satu..
acah-acah nak mandi pool tapi kedek..
lagi pun tshirt seluar tudung besar mengibai buatnya kena drain suction kan bahaya..
dah la material cotton berat kalau basah..
melekap juga kat badan bila keluar pool..
celah mana terjaga aurat ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je swimming suit murah yang di jual. Tak kan tu pun susah. Respect je la rules. Tak susah pun. Kalau nak sebut pasal aurat bagai mandi dalam bilik dah ler xyah nak terjun kolam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:44 PM | Show all posts
tahnya..sibuk nak masuk pool jaga aurat..luar pool pakai baju ketat, lengan pendek takpe pulak?

baju cotton tu berat...lambat kering lak tu.. kang korang keluar je pool, terus je berjalan naik ke bilik...basah lah pulak corridor..

nak jaga aurat sgt dok mandi dalam bilik air je la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la ko masuk berbayar ke tak? Sebelum decide nak masuk n nak keluarkan duit membayar baca dulu terms n regulations tempat tu.

Jangan sebab ko bayar ko boleh buat perangai suka2 hati tak hormat harta benda org.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kepam dgn tshirt,track.. masuk air melekat juga... ada je baju mandi yg sesuai.. kalo nak bertshirt gi mandi laut nunnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 05:59 PM | Show all posts
sis vokuru pakai bikini suit tak ubah seperti hantu kopek
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan bmf dengan swimming suit?

{:question
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kat shopee ada je jual muslimah swimming suit yang murah. Kalau nak pakai baju biasa jugak, beli la swimming pool  {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Grrr stress india ni bagi ank msuk pool dengan pempers. Tros pgil ank naik.
Bukan cotton sume tu menyebarkan bakteria ke kalu msuk pool. Tu sbb kene material yg betul. Bukan saja2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka: org masuk berbayar bukan free, jadi apa2 kerosakan atau maintenance kolam renang tu korang tanggung sendiri la...

Semua benda ada rules. Kalau tak nak ikut rules tak payah swimming senang. Ni la golongan yg terjun pool pakai tshirt. Org kg pun reti pakai baju renang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info. Tapi harap pihak hotel letaklah signboard. Biasa diaorang letak not allowed tp xde full explanation. Kalau rasa susah nak pakai swimsuit khas tu then tak payah lah masuk dlm air tu. Bukannye bersih pun. Ramai yg kencing kat dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kalau pakai tshirt cotton lagi melekap kat badan. Berlambak2 dah baju renang muslimah kat market, bukan mahal nau pun. Perangai lagi teruk dari orang duduk dalam gua.

Yang parents pulak, dengan diaper anak kembung tunggu masa nak meletup je dalam air tu. Yang acah2 kompiden tak pakaikan diaper pun ada. Abis kalau anak ko berak dalam air tu ko nak cuci ke hanat. Spend la sikit duit beli diaper huggies little swimmers tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 10:04 PM | Show all posts
ffbeauties replied at 23-9-2019 06:06 PM
Apa kaitan bmf dengan swimming suit?

{:question

maksudnya_ Be Muslim First...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 10:11 PM | Show all posts
sebetulnya mudah jer kalau faham rules bila msk
kolam tu..kalau rasa mcm2 cerewet ke apa.tak pyh mandi
dlm kolam tu..skrg ni dah bermcm2 jenis muslimah punya
pakaian mandi..g cr shopee murah2 bole dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik yg insist pakai track bottom, tshirt cotton dan tudung bawal masuk pool mmg kampung. Laki buncit pakai tshirt dan bermuda cotton. Bukan swimming pun. Berkubang main dgn anak kecik yg dipakaikan panties upin ipin. Urghh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 08:53 AM | Show all posts
nak jaga aurat sgt mndi je la kat bilik mandi rumah sendiri
buat la pool kat rumah sendiri
kalau tidak ikut lah peraturan
byk cerita pulak aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 08:56 AM | Show all posts
pool kat apartment saya, hijau airnya sejak student-student pindah dan mandi kolam macam mandi sungai. dah la mandi malam-malam riuh-rendah.
sekarang filter dah rosak, air hijau, padan muka semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.384870 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list