Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, dalam kenyataannya kepada MStar semalam berkata golongan selebriti yang menjual flavour vape atau e-rokok tidak seharusnya dipersalahkan apabila budaya itu semakin berleluasa di kalangan generasi muda.
Kredit foto: Mstar
Dalam kenyataan itu, Shuib mengatakan tidak ada bezanya sama ada artis mempromosi vape atau tidak kerana yang penting adalah pemantauan ibu bapa.
Kredit foto: MStar
'Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami sebagai artis yang menjadi duta mempromosi flavour vape' katanya kepada mStar.
Kenyataan itu bagaimanapun dikecam oleh pelbagai pihak, terutamanya pengamal perubatan yang menyifatkannya tidak bertanggungjawab dan tidak memikirkan kesan negatifnya kepada generasi muda.
Kredit foto: Mstar
Dr. Rusyainie Ramli dalam penulisannya di Facebook berkata statistic kini menunjukkan seramai 300, 000 pelajar sekolah menengah ketagih vape dan pod walaupun iklan rokok telah disekat di media perdana.
Beliau menegaskan, sebagai seorang ibu bapa dan personaliti berpengaruh, adalah menjadi kewajipan bersama untuk menerangkan kesan negatif rokok dan vape dan tidak berpaksikan keuntungan sebagai tuan punya produk atau duta.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Dr. Rusyainie turut mengingatkan golongan selebriti mengenai fatwa yang jelas mengatakan vape dan rokok adalah haram, jadi kaedah mendapat rezeki daripadanya untuk menyara keluarga boleh dipertikaikan.
Kredit foto: Carian Google
Selain beberapa orang pakar perubatan yang turut membidas kenyataan Shuib, netizen juga turut mengatakan kenyataan itu tidak cerdik.
'Kalau nak jadi artis pun biarlah cerdik. Ramai kot artis-artis di Malaysia yang cerdik dan terserlah penampilannya dan bagi statement yang bijak dan mencerminkan keperibadian yang tinggi' kata seorang netizen.
'Duit je difikirkannya. Langsung tak fikir tanggungjawab pada masyarakat' tambahnya lagi.
Kredit foto: Facebook
Persoalannya, sejauh manakah peranan artis dalam tanggungjawab mereka dalam perkara ini? Setujukah anda dengan kenyataan Shuib bahawa tidak ada bezanya sama ada artis mempromosi vape atau tidak kerana yang penting adalah pemantauan ibu bapa? - CARI |