Kredit Foto - Maybank2u
Perbankan Islam pada masa kini telah pun diterima umum dan menjadi satu industri yang amat memberangsangkan. Sejak 1993, bank-bank konvensional mengambil inisiatif menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka.
Terkini, pihak Maybank membenarkan pemilik akaun simpanan konvensional dengan Maybank untuk menukar akaun konvensional mereka kepada Islamik tanpa perlu tutup/tukar akaun. Proses ini boleh dilakukan secara online dan nombor akaun asal tidak berubah.
Tak pasti akaun anda konvensional atau bukan? Kalau jenis akaun simpanan, nombor akaun bermula dengan 10XXXX atau 11XXXX. Kalau jenis akaun semasa, nombor akaun bermula dengan 50XXXX atau 51XXXX.
Jadi, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk menukar akaun anda. Hanya memerlukan beberapa langkah sahaja!
LANGKAH 1
Pergi ke laman web Maybank2u dan login seperti biasa.
LANGKAH 2
Klik butang option bahagian atas sebelah kiri dan pilih apply untuk versi mobile. Sekiranya menggunakan versi desktop, terus pilih submenu APPLY.
LANGKAH 3
Klik pilihan 'Switch To Islamic Account' dan tekan butang APPLY NOW.
LANGKAH 4
Buat pilihan nak 'convert' akaun pilihan anda dan tekan NEXT. Sekiranya anda memiliki lebih dari satu akaun konvensional, anda dikehendaki membuat satu persatu mengikut langkah sama.
LANGKAH 5
Seterusnya tick kedua-dua pilihan T&C dan tekan butang NEXT.
LANGKAH 6
Akhir sekali, klik CONFIRM dan anda akan terima notifikasi - Berkuatkuasa bulan berikutnya akaun anda akan bertukar ke Akaun Islamik.
Tahniah. Anda telah berjaya menukar akaun konvensional kepada akaun Islamik. - CARI
|