Sesiapa yang berani meninggalkan komen negatif atau melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza, tiada lagi ruang bagi Rozi Abd Razak, pengurus peribadinya untuk berdiam diri sahaja.
Ini adalah amaran yang dimuat naik di Insta Stori Rozi buat semua 'haters' pada masa hadapan kerana tindakan tegas akan diambil selepas ini.
Foto: Instagram Rozi Abd Razak
Kes Jasmin Hamid telah mendapat perhatian Rozi untuk melakukan perkara sama bagi memberi pengajaran kepada penyebar fitnah.
Foto: Instagram Rozi Abd Razak
Sebelum ini, pihak mereka hanya menutup mata dan tidak memberikan perhatian kepada golongan ini, namun lama-kelamaan kegiatan pemfitnah semakin hari semakin berani pula.
Kebanyakkan golongan pemfitnah ini tidak menggunakan nama dan gambar sebenar kerana bimbang identiti didedahkan.
Foto: Instagram Rozi Abd Razak
Siti juga telah melalui pelbagai jenis kecaman dari hal kerjaya, keluarga dan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi bahan fitnah dalam hal politik.
Jaga-jaga buat semua haters Siti, kakak iparnya sudah beri amaran tegas! Jangan buat tidak faham pula. Berdiam diri tidak bermaksud anda tidak diperhatikan. - CARI
|