View: 2887|Reply: 7
|
Jangkitan Dalam Usus, Fakrul UNIC Terpaksa Masuk Wad
[Copy link]
|
|
Sakit memulas pada bahagian perut pada jam tiga pagi telah membawa anggota kumpulan UNIC, Mohd Fakhrul Radhi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Rakannya, Wan Najdi telah mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Harian Metro dan mendedahkan terdapat jangkitan dalam usus yang menjadi punca perutnya sakit dan diserang demam.
Dia juga mengatakan Fakhrul mengalami kesukaran membuang air besar dan kentut sehingga doktor terpaksa membuat endoskopi untuk mengenal pasti masalah sebenar.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
Najdi memohon peminat mendoakan kesihatan Fakhrul supaya dapat menjalani rutin hidupnya seperti biasa.
Pada mulanya, Fakhrul hanya pergi ke klinik sahaja pada jam tiga pagi dan menerima dua suntikan, namun sakit itu berlarutan. Doktor kemudian mencadangkan supaya dia mendapatkan rawatan di hospital dan terus dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.
Harap selepas ini Fakhrul tidak mengabaikan lagi kesihatannya disamping memenuhi jadual kerja yang padat. Jangan buat main dengan sakit perut, takut makin serius sakit. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah kena keracunan makanan sampai demam muntah2.. rasa mcm ada angin bergelodak melambung x boleh keluar dr perut.. seksa ya amat.. sampai skrg iols banned kedai makan tu.. iols lg sanggup berlapar dr makan kat kedai tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada macam scene movie bridesmaids tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai mana tu persoalannya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah member meninggal awal tahun haritu sbb sakit camni la..PU kerap sgt makan luar makanan pelik2 la ni.. semoga cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangkitan dalam usus disebabkan apa slalunya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|