Pelakon Zarina Zainuddin yang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar Januari lalu menafikan produknya timbang kilo dan mendakwa dianiaya.
Menceritakan kisahnya di Instagram hari ini setelah beberapa bulan kes itu berlalu, Zarina mendakwa beliau mulanya dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali memuji-muji wajahnya dan ingin mengetahui produk kecantikan yang digunakannya.
Kredit foto: Carian Google
'Saya cakap akak kena tengok kulit dulu baru tahu apa yang sesuai, kemudian setelah berjumpa saya saya cadangkan beberapa produk kepadanya' luah Zarina.
'Rupanya ianya satu perangkap, selepas 3 minit kakak itu beredar satu pasukan penguatkuasa dari Kementerian Kesihatan menyerbu rumah saya mendakwa saya menjual produk tanpa notifikasi' terangnya lagi.
'Saya tercengang, jahatnya perempuan tu berlakon sampai saya dikenakan 6 pertuduhan' tambahnya lagi.
Kredit foto: IG
'Saya sebenarnya dah tak berniaga lagi, produk saya masih dalam proses pendaftaran, bukan produk timbang kilo, saya dah 20 tahun jual, tak pernah ada orang komplen' ujarnya.
'Tapi saya bersabar, susah-susah cari duit RM17,500 melayang begitu sahaja' luahnya.
Kredit foto: IG
Netizen yang membaca perkongsian itu kemudiannya menerangkan kepada Zarina bahawa demikianlah penguatkuasa menjalankan serbuan untuk mendapatkan bukti.
'Eloklah da Jual beratus ribu denda 17k ja...tolong jgn petgkan diri nak untung je sampai da membahayakan org lain' kata seorang netizen.
Ada juga yang menyuruhnya bersabar atas dugaan tersebut, termasuklah beberapa rakan artis dan pengusaha kosmetik Aliff Syukri Terlajak Laris.
'Allah akak kenapa jahat sgt org tu...walau macam mana orang yang buat akak sy takin akak kena tabah saya kin Allah akan balas' kata Aliff Syukri.
Kredit foto: IG
Semoga Zarina Zainuddin ataupun semua artis yang mengusahakan kosmetik tidak berdaftar supaya menyedari bahawa tanpa penguatkuasaan yang ketat pengguna yang akan menanggung masalah kelak. - CARI
|