Kredit foto: Axuricca Razali & Qhamcyahh Hidayat
Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.
Sebenarnya, anda boleh buat sendiri ayam goreng mamak sedap seperti di kedai atau restoran mamak. Malah, buat ayam goreng sendiri lebih jimat masa dan ekonomi.
Menurut Axuricca Razali yang telah mencuba resepi dikongsikan Qhamcyahh Hidayat yang tular baru-baru ini, hasilnya benar-benar seperti ayam goreng yang dijual di restoran mamak!
Cukup pedas, cukup sedap dan sangat rangup! Ini bukan cubaan, ini betul-betul!
Ini dia Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih oleh Qhamcyahh Hidayat yang telah dikongsi 1.9k untuk anda cuba.
Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung beras
- 3 tangkai daun kari
Kredit foto: Axuricca Razali
Bahan untuk dikisar:
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama satu jam. Untuk hasil yang lagi 'umph' boleh perap semalaman. Perap lagi lama, lagi sedap!
Kredit foto: Axuricca Razali
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Kredit foto: Axuricca Razali
Setelah masak, boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih beserta lauk pilihan atau enak dimakan begitu saja. Yang pasti, haruslah hingga menjilat jari!
Kredit foto: Qhamcyahh Hidayat
Mudah bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! - CARI
Resepi Asal dari Qhamcyahh Hidayat |