CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12409|Reply: 65

"Tak Popular Tapi Dah 10 Tahun Tak Putus Tawaran" - Fadlan Hazim Ditud

[Copy link]
Post time 7-10-2019 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Memang jarang kita melihat wajah Fadlan Hazim terlibat dalam mana-mana sesi fotografi. Rupa-rupanya, ada sebab kenapa dia mengalami situasi tersebut sehingga dianggap kurang popular.


Fadlan telah berkecimpung dalam dunia seni sejak 10 tahun lalu, namun namanya kurang mendapat perhatian berbanding rakan artis yang sebaris dengannya.




Foto: Instagram Fadlan Hazim





Dia mengakui begitu fobia untuk memenuhi kehendak wartawan untuk sesi fotografi kerana bimbang dimarahi pengarah ketika masih dalam sesi penggambaran.


Dia sendiri pernah mendengar pengarah merungut dengan sikap sesetengah pelakon yang tiba-tiba lari sebentar untuk pergi ke lokasi fotografi dan ini menyebabkan jadual penggambaran terganggu.




  



Jika dia juga memenuhi permintaan wartawan pasti situasi seperti itu juga akan berlaku dan menyusahkan pelbagai pihak yang terlibat dengan sesi penggambaran yang sepatutnya boleh selesai pada hari sama.


Dia juga menafikan dakwaan dirinya yang kurang mesra. Bagi rakan yang mengenali dirinya, pasti tahu dia seorang yang suka menyakat bukanlah serius sehingga sukar didekati.




  



Ditanya tentang lakonannya, dia kini sedang berjuang untuk bertahan lama dalam industri lakonan dan memerlukan beberapa drama yang boleh mengangkat popularitinya.




  



Sebelum ini, dia pernah menerima tawaran drama Pujaan Hati Kanda, namun disebabkan komitmen kerja yang padat dia terpaksa melupakan niat untuk terlibat dalam penggambaran drama popular itu.


Sikap Fadlan ini patut diteladani oleh pelakon lain supaya tidak menyusahkan sesiapa. Fadlan juga perlu ada strategi dalam kerjaya untuk sentiasa bertahan lama dalam dunia lakonan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lelaki pujaan senah neh...
Fadlan hazim hensem katanya

@Vokuro
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex nak landing katne ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 7-10-2019 01:18 PM
@Kurex nak landing katne ni ?

Semoga pipi kurex landing dekat bibir fadlan sambil fadlan taknak lepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:27 PM | Show all posts
dia ni berlakon ok la jugak..
tak keras kejung
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:44 PM | Show all posts
sub je banyak dia ni...
lepastu gerak khas yang tak berkubur-kubur lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu gf dia ke wife dia?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk td igtkan nama pembaca berita. Baru hr ni tau nama pelakon ni. Muka iras2 safie naswip yg dikatakan bersemburit tu tp heols ni versi muka siap skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni boleh dikata good looking yachhhhh
Ada hero drama lagu hauk dr dia

Tapi rezeki masing2
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:51 PM | Show all posts
Macam dah berisi sikit. Jawline makin menghilang gitteww. Tapi die ni mmg helokkksssssss yachh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dia ni
Dari kecik berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo replied at 7-10-2019 01:46 PM
Tu gf dia ke wife dia?

Gf kan
Bertahun dah diorang couple
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 7-10-2019 01:18 PM
@Kurex nak landing katne ni ?

Dah tanye.. kat punai katanyee
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:02 PM | Show all posts
iols suka jer nengok couple ni.. helok sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu belakon jadi jahat or nak rampas awek org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:07 PM | Show all posts
Sah la heols tak popular. Iols kenal wajah heols, tapi tak tau nama heols. Fadlan Hazim rupanya. Nama tak komersial kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 02:16 PM | Show all posts
dia ni berlakon cita sangkar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:25 PM | Show all posts
teringat pulak ads dia dengan gatsby tu

jambu habis
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada rezeki dia lebih bersinar...  berlakon pon x kayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 7-10-2019 02:16 PM
dia ni berlakon cita sangkar kan?


yes berlakon sangkar

pastu lakonan dia byk antara yg di ingati
cinta si wedding planner

dalam drama itu , dia  jadi abg angkat mira filzah tapi meroyan mira x nak kat dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062051 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list