View: 3356|Reply: 31
|
[Tempatan]
Nenek mungkin diserang secara seksual
[Copy link]
|
|
WANITA warga emas yang ditemui maut dalam keadaan tangan berikat di rumahnya di flat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, pada 19 September lalu dipercayai diserang secara seksual.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi, pihaknya menemui kesan air mani.
“Berdasarkan penemuan itu, kami tidak menolak kemungkinan mangsa berusia 85 tahun berkenaan diserang secara seksual,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.
Noor Azmi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek dalam kes berkenaan berdasarkan penemuan cap jari di lokasi.
“Kami sedang mengesan seorang lelaki yang juga gelandangan berusia 30-an dipercayai terbabit dalam kes ini.
“Semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya.
Beliau berkata, anak lelaki mangsa berusia 61 tahun yang sebelum ini ditahan, sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Anak lelaki mangsa ditahan reman selama empat hari sebelum ini untuk membantu siasatan dan dia didapati mempunyai beberapa rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.
“Bagaimanapun, dapatan siasatan dilakukan terhadap lelaki berkenaan didapati negatif,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat wanita warga emas terbabit ditemui anak lelakinya dalam keadaan diikat tangan di belakang dan bahagian kepala ditutup dengan kain.
Hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas.
⁃
Berita berkaitan:
Mati tertiarap, dua tangan diikat
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 4:52 |
|
|
|
|
|
|
|
85 tahun.. Hamjadddd.. Nenek dah.. Dah x larat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya tuhan...
hauknya taste ko ni jantan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya nenek ni
Meniti hari2 tua
Berakhir begini kerana napsu saiton |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak muntah baca ni. Rip kalau nenek ni bukan Islam, dan Innalillahhh kalau arwah muslim. Asbab kematiannye disebabkan dianiaya oleh jantan gila. Perhaps ada orang nak balas dendam kat anak lelaki dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda dia fikir time tu..hanat betul kepala otak dia sanggup buat mcm tu kat orang tua..
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kami sedang mengesan seorang lelaki yang juga gelandangan berusia 30-an dipercayai terbabit dalam kes ini.
“Semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya. dah la gelandangan, ada kes jenayah & dadah, sekarang serang nenek secara seksual pulak. tak cukup hina lagi ke hidup kauu???? |
|
|
|
|
|
|
|
sian nenek ... gile ke ape pelakunya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sedang suuzon ni.....adei. Ntah2 kes consensual gone wrong tak.
Aku harap sangka buruk aku ni tidak bener la... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh sial gila la citer cmni. Harap2 si pembunuh dpt balasan yg setimpal la! Cincang2 anu dia dulu! |
|
|
|
|
|
|
|
Set set fetish GILF la ni...
Nenek2 pun dia sapu... janji hajat tertunai...
Harap2 bukan es ee ek game gone wrong dah la |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih la woi...lebih kurang sama umur arwah nenek aku..al fatihah buatnya andai muslim..kejam mmng kejam..yg buatbni takdak hati perut |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitannn betul yg bunuh tuh.. kejam nk mamposs |
|
|
|
|
|
|
|
asal boleh tala je. taguna betul. tangkap dia cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umur nenek sampai 85... Tapi ajal mati sbb kegilaan org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya nenek
Hidup terlalu lama pun x best kalau dpt anak cm celaka
Pastu ntah gelandangan mana serang pulak
Secara positifnya elokla nenek mati lagipun dh tu sbb manalah tau sebelum ni hidup terseksa takde org peduli pun
Hmmmm
Ramaai org suka sgt nk berbuat baik kpd gelandangan
Tgklah perangai apa gelandangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Gila sangap 85 tahun kot nenek tu...sian nenek |
|
|
|
|
|
|
| |
|