Kalau anda ke pasar raya besar seperti Giant atau Tesco seumpamanya pasti pernah melihat seksyen kudap-kudapan timbang.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang remaja memberi nota permohonan maaf dan juga menyelitan beberapa keping not RM10 dalam nota berkenaan =kerana pernah memakan biskut ikan timbang tanpa membayar terlebih dahulu.
Seorang pekerja pasar raya terkenal yang dikenali sebagai Camelia telah memuat naik gambar tersebut di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Menurut Camelia, ada seorang remaja telah menyerahkan nota tersebut ketika beliau sedang bekerja.
Berikutan itu, ramai netizen memuji sikap remaja tersebut kerana berani mengaku kesalahan walaupun sudah lama berlalu.
Siap lukis biskut ikan
Anda pernah tak curi-curi makan jajan di pasar raya? kalau pernah dah boleh buat surat minta maaf dah ni. Jangan lupa bayar balik! - CARI
|