Tidak semua individu selesa dengan lawak 'body shaming' yang sering digunakan sebagai bahan jenaka dalam mana-mana program.
Tetapi, pendapat Abam Bocey adalah sebaliknya kerana dia merasakan lawak mengutuk tubuh seseorang itu bukanlah isu besar baginya.
Hakikatnya, seseorang itu hendaklah berjenaka secara bijak untuk menggunakan isu body shaming sebagai bahan ketawa orang. Apa yang penting adalah jangan keterlaluan.
Foto: Instagram Abam Bocey
Tambahnya kepada Harian Metro, banyak pelawak menggunakan body shaming ketika berada di atas pentas sebagai salah satu isi bahan mereka.
Sama juga kumpulan Bocey yang menyertai Maharaja Lawak Mega menggunakan lawak saiz badan sebagai bahan mereka dalam pertandingan tersebut.
Sungguhpun dia selalu menjadi mangsa, Abam tidak pernah mengambil hati jika mereka yang bergurau dengannya itu adalah teman rapatnya.
Perkara ini menjadi isu jika mereka bergurau secara kasar terhadap individu tersebut sehingga memalukan seseorang dan membuatkan orang yang dituju hilang keyakinan diri.
Pelawak memang suka kutuk saiz badan untuk dijadikan bahan jenaka mereka sebab merasakan itu saja yang boleh buat penonton gelak. Tapi, seharusnya biarlah berpada-pada. - CARI
|