Kredit foto: Facebook
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan atas masalah apendisitis pada 11 Disember.
Memetik kenyataan pejabatnya dalam Twitter, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar kini dalam keadaan stabil.
"Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu," jelas kenyataan itu.
Syed Saddiq perlu berehat selepas menjalani pembedahan.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak dinyatakan lokasi hospital di mana Syed Saddiq dirawat.
Sehubungan itu, netizen mendoakan Syed Saddiq segera sembuh agar dapat kembali berkhidmat untuk negara.
Kredit foto: Twitter
Banyakkan berehat YB dan harap beri keutamaan kepada kesihatan selepas sembuh nanti. - CARI |