Kisah Puteri Balqis yang semakin mendapat perhatian tampil meluahkan rasa terkilan terhadap pelakon Nabila Huda.
BACA JUGA: "Kenapa Dibiarkan Berjalan Satu KL?" - Nabila Huda Persoal Sikap Ibu Bapa Puteri Balqis
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Balqis atau mesra disapa Aqish dalam satu kemas kini di Instagramnya meluahkan perasaannya terhadap kenyataan Nabila yang dianggap telah mengguris hatinya dan ibu.
"Kalau anutie nak salahkan orang lain, tak apa. Tapi, jangan disebut nama ibu Puteri," tulisnya.
Kredit foto: IG
Jelasnya, ibunya selama ini yang telah banyak membantu dan berusaha mencari jalan untuk menanggung kos rawatannya, manakala 'ramai yang lain' menghilangkan diri.
"Ujian untuk auntie dan rakan-rakan auntie adalah kemewahan," ujarnya.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, Balqis juga menepis tuduhan liar yang menuduh ibunya mengambil dadah.
Kredit foto: IG
Malah, Balqis turut membuat pendedahan bahawa ibu saudaranya yang selama ini menabur fitnah mengenai ibunya.
Puteri Balqis Sentap Dengan Nabila Huda, Tepis Dakwaan Ibu Hisap Dada
Puteri Balqis Sentap Dengan Nabila Huda, Tepis Dakwaan Ibu Hisap Dada
"Indah pengorbanan seorang ibu. Dibiarkan dirinya difitnah, diumpat dan dikeji, tapi dibiarkan anaknya dihormati dan disanjungi."
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Balqis disahkan doktor tidak menghidap penyakit kanser, sebaliknya menghidap penyakit lain. Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Masri Muhamed bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakit misterinya itu.
Semoga Aqish terus tabah ya. - CARI |