Penyanyi mana tidak teruja apabila dapat berkolaborasi dengan artis hebat dalam industri seni.
Seperti dilaporkan Berita Harian, Pasha Ungu menyumbang lagu baru yang akan dinyanyikan Baby Shima dengan judulnya 'Bisa Bisanya Kamu' bergenre pop Melayu.
Foto: IG Pasha Ungu
Ternyata, ini adalah rezeki Baby Shima kerana dirinya juga terkejut apabila Pasha meminta dia datang ke rumahnya. Rupa-rupanya, dia telah menyiapkan sebuah lagu untuk dirinya.
Baby Shima sangat teruja apabila pertama kali mendengar lagu tersebut dan tidak sabar untuk proses merakam. Disebabkan Pasha sibuk dengan tugasannya sebagai Wali Kota, maka rakaman ditangguhkan sehingga November tahun lalu.
Perjalanan seni Baby Shima di Indonesia berjaya mendapat tempat dan ini merupakan peluang keemasan untuk memasarkan diri lebih jauh di Indonesia.
Lagu ini akan dipromosikan syarikat rakaman, Nagaswara Music selepas Aidilfitri.
Dia sangat berharap dengan kolaborasi ini berjaya melonjakkan nama Baby Shima dalam industri. Tambah pula, lagu-lagu Pasha sering mendapat tempat di hati peminat.
Semoga berjaya dan makin meletup Baby Shima! - CARI
Post time 16-1-2020 02:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MimiLalat replied at 16-1-2020 12:53 PM
Untunglaaa orang cantikkk, pakej lengkap. Enjoy your fame dik
Ramai artis Indo puji dia ni elok perangai sbb tu bos nagaswara terus sign dia. Iols tak ngefan tp nmpak elok dia nyanyi skrng ni. Dan dia xkisah bawa genre apa. Dia pon boleh. Pastu dia usaha nk ambil hati rakyat indonesia nyanyi lagu2 bahasa sana tapi bila dia diinterbiu tv sana dia elok je kekalkan cakap melayu hampir sepenuhnya. Kalau buat iklan promo untuk indo je dia tulis dn ckap indo.
So far iols xde lg nk kutuk dia ni. Hehehehehehee