Kredit foto: IG
"Aku main tinder jugak ni kang."
Terdesak dengan pertanyaan bila nak 'berpunya', Sufian Suhaimi menerusi Twitternya berseloroh menyatakan ingin melayari aplikasi Tinder.
Bagaimanapun, ramai juga peminatnya tidak bersetuju jika Sufian 'main Tinder' kerana bukan di taraf mereka kononnya.
Kredit foto: Twitter
Malah, ada juga komen nakal mengatakan Sufian mungkin akan mengeluarkan lagu sedih baru sekiranya kena 'unmatch'.
Kredit foto: Twitter
Dalam masa sama, ada juga yang benar-benar prihatin kerana aplikasi itu katanya kurang dipercayai.
Katanya, pengguna dengan mudah boleh menyamar sebagai sesiapa sahaja termasuk menipu jantina.
Kredit foto: Twitter
Oleh itu, ada yang menyarankan Sufian menggunakan aplikasi mencari jodoh Muslim berbayar seperti Baituljannah.com.
Takkan lah dah sendu sangat sampai nak kena main Tinder, Baby Pian. Apapun, semoga Sufian segera bertemu jodoh ya. - CARI
|