Zizi Kirana menegur seorang netizen yang berani menulis komen dan dan merendah-rendahkan lagu nyanyiannya.
Netizen itu mennganggap lagu Zizi adalah lagu sakai selain menghinanya dengan kata-kata kesat.
Kata Zizi, lagu yang dinyanyikan itu adalah hasil kerja berpasukan dan seharusnya tidak dihina oleh mana-mana pihak.
"Hormati karya orang dik, lagu itu bukan saya seorang yang bekerja, ada insan lain yang lebih berbakat daripada kau,"tulisnya di Instagram.
Kredit foto: IG
Penyanyi ini juga menambah yang hati netizen itu perlu dicuci dengan klorox supaya jangan ada benci lagi.
Sebelum ini lagu Zizi yang berjudul Eh memang pernah mengundang pelbagai komen dari pendengar.
Zizi mengaku yang lagu tersebut ditujukan khas kepada netizen yang suka mengkritik dirinya di laman sosial.
"Memang saya dan team plan hasilkan lirik paling sarkastik. Lagu-lagu sebelum ini memang saya dikecam teruk, jadi kalau lagu baru ni makcik dan pakcik bawang masih tak terasa lagi tak tahulah," katanya kepada mStar Online.
Kredit foto: IG
Biasalah tu, pasti ada sahaja hater. Pedulikan sahajalah ya. -CARI
Sedap je suara Zizi ni, dengar die cover lagu Ctdk kat youtube tu. Tu pon sebab membe weols bagi tengok. Berbakat je. Sheols nak sexy, lantaklah. Maybe lagu2 tu yang xmasuk ngan pengomen.