Kredit Foto - Google
Lagi kisah penganiayaan kucing.
Seorang pengguna Facebook, AF Fiahmn berkongsi kisah di mana makanan kucing untuk kucing gelandangan di kawasan perumahannya telah dicampur dengan ubat.
Kredit foto: Facebook AF Fiahmn
Tujuan sebenar si pelaku mencampurkan ubat bersama makanan yang telah disediakan oleh keluarga penduduk di situ juga tidak diketahui.
Tinjauan di ruang komen mendapati sebahagian besar netizen mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.
Kredit foto: FB AF Fiahmn
Ada yang komen yang menyatakan ubat tersebut bukan vitamin tapi ubat untuk penyakit darah tinggi dan jantung serta ubat untuk mencairkan darah.
Kiriman tersebut sudahpun dikongsikan sebanyak lebih 450 kali dan mendapat lebih 600 komen sejak kiriman tersebut dikongsikan sejak dua hari lalu.
Menurut AF Fiahmn, mereka juga tidak dapat membuat laporan polis kerana masih tidak mengetahui siapakah pelakunya memandangkan kawasan tersebut tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
Jika tak nak bantu, janganlah rosakkan usaha orang lain kerana yang jadi mangsa kucing yang tak berdosa. - CARI |