Entri itu turut mendapat reaksi positif netizen yang begitu teruja dan gembira melihat kemesraan dua pelakon ini disatukan dan sikap profesional mereka.
Untuk info, pada 2017 Nora mengambil tindakan undang-undang terhadap Fasha kerana didakwa bertindak memfitnahnya di Instagram yang disifatkan mencalar reputasi perniagaan diusahakan Nora.
Fasha mendakwa, dia dihalau pihak Nora pada satu acara acara fesyen Fenomena Raya 2017.
Pertelingkahan kedua-dua mereka berpanjangan sehinggalah pada tahun lalu, kemelut persengketaan antara mereka akhirnya tamat selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian saman fitnah antara mereka secara baik di luar mahkamah.
Baguslah. Sampai bila nak bergaduh, kan? Pusing-pusing akan jumpa juga. -
CARI