Menakutkan!
Sekarang ni bukan wanita sahaja kena gangguan seksual, tetapi lelaki turut menjadi mangsa mereka yang bernafsu serakah. Kisah benar ini berlaku di pusat beli belah The Gardens, Kuala Lumpur dengan pemuda itu tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang membuat kelakuan tidak senonoh kepadanya.
Menceritakan kembali di Twitter, pemuda yang membahasakan dirinya Aus berada di bilik air sedang memakai alat penjagaan diri iaitu pelembab di wajah. Tidak semena-mena, seorang lelaki menghampirinya lalu memegang kemaluannya seolah-olah memberi klu untuk berbuat sesuatu.
Aus kemudiannya berundur, lalu mengambil segala barangan di sinki kemudian berlalu dari situ.
Menurut Aus lagi, dia melarikan diri namun lelaki itu tetap mengekorinya sedangkan dalam masa sama dia mahu masuk ke tempat kerja. Ketika itulah dia mendapat idea untuk merakamkan gambar lelaki keparat itu.
Kredit foto: Twitter
Setelah melarikan diri ke beberapa tingkat dan menelefon rakan kerjaya, akhirnya pemangsa tersebut tidak dapat dikesan lagi. Perkongsian Aus mendapat banyak respon daripada warganet yang turut berasa risau dengan insiden yang tidak sepatutnya ini.
Malahan, ada teori yang menyatakan ianya bukan sengaja di lakukan oleh pihak LGBT atau lelaki yang normal. Ianya adalah kerana mereka mempunyai agenda tertentu iaitu menyebarkan penyakit.
Jadi, tidak kira anda lelaki atau perempuan, sentiasa lah berhati-hati di mana-mana pun. Akan ada mata yang memerhati serta mencuri ruang untuk melakukan gangguan seksual atau pun jenayah jika mereka berada dalam keadaan yang terdesak sekalipun. Hati-hati ya semua. - CARI
|