Tidak mengendahkan kecaman dan sindiran warganet, isteri Da’i Farhan setia mengemas kini kemesraan hubungan mereka di laman sosial.
Terbaru, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Dr Erin meluahkan rasa syukur memiliki suami yang sangat prihatin.
Kredit foto: Gempak
Katanya, seronok dijaga seperti bayi ketika sedang sakit.
"Seronok juga sakit, suami jaga macam jaga baby. 24 jam makan bersuap. Sabar betul zaujku ni," tulisnya.
Kredit foto: IG/BeautifulNara
Bersemut habis ucapannya untuk suami tercinta.
Erin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penyakit dihidapinya itu.
Kredit foto: IG
Pun begitu, semoga dia cepat sembuh dan berkongsi lebih banyak momen romantis mereka suami isteri. - CARI |