Nama Datuk Rizalman terkenal di Malaysia mahupun Asia Tenggara sebagai pereka fesyen popular di kalangan selebriti mahupun orang kenamaan.
Selain itu, beliau turut mempunyai empayar perniagaannya sendiri - bidang hiasan dalaman, pengurusan majlis, pengatur perkahwinan serta perniagaan beg tangan hasil kolaborasi dengan jenama beg tempatan.
Rizalman aktif melakukan promosi sesuatu produk dalam laman Instagram miliknya dengan gayanya tersendiri.
Baru-baru ini, beliau memuat naik video bersama dua selebriti terkenal Neelofa dan Dayang Nurfaizah sambil mempromosikan rangkaian produk rekaannya.
Kredit foto: Instagram Rizalman
Berbini dua katanya. Untunglah Datuk dapat isteri cantik belaka.
"Ingat senang ke berbinikan perempuan berkarier ni? Yang seorang meniaga tak habis-habis. Yang seorang dok menyanyi tak berhenti. Kita la kena buat kerja di dapur!
"Hantaran bukan main mahal dulu. Kalau macam ni, baik aku sumbat dalam peti ais bagi beku. Aku nak pakai hangpa nanti baru aku bagi cair," tulisnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata pengikut Rizalman terhibur dengan video yang dikongsikan itu.
Kredit foto: Instagram Rizalman
Apapun, kreatif betul Rizalman promosi barang 'menega' dia, kan? - CARI
|