View: 2493|Reply: 19
|
[Tempatan]
Tiga beranak dikebumikan dalam satu lahad
[Copy link]
|
|
Adnan [email protected]
“KAKAK ipar dan dua anaknya meninggal dunia dihempap pokok kelapa sawit kira-kira 500 meter daripada rumah ibu,” kata Hairuddin Mohtaram, 43, hari ini.
Hairuddin berkata demikian ketika menceritakan kejadian tragis menimpa kakak iparnya, Nor Azhana Othman, 48, serta dua anak saudaranya, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17, dan Mohd Arif, 12.
Tiga beranak itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggang ditimpa pokok kelapa sawit di jalan utama di Kampung Parit Siba di sini, 7 pagi tadi.
Menurut Hairuddin, ketika kejadian, motosikal itu ditunggang Siti Nurinsyirah manakala Nor Azhana dan Mohd Arif membonceng.
“Tiga beranak itu dalam perjalanan dari kediaman mereka di Taman Industri Sri Sulong ke rumah ibu saya.
“Memang rutin Nor Azhana akan ke rumah ibu, Khadijah Menik, berusia 70 tahun, untuk membantu menyiapkan tempahan kerepek pelanggan,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Siba, hari ini.
Menurut Hairuddin, kira-kira jam 7.15 pagi, seorang lelaki yang sedang berjoging terserempak dengan pokok tumbang itu namun tidak perasaan ia menimpa tiga beranak berkenaan.
“Tidak lama kemudian, sepupu Nor Azhana, Azmi Painting yang berusia 40-an, juga dalam perjalanan dari Taman Sri Sulong ke Kampung Parit Simin, terserempak dengan pokok tumbang berkenaan.
“Azmi kemudiannya melakukan pemeriksaan dan terkejut menemui tiga beranak berkenaan dalam keadaan tidak bergerak,” katanya.
Menurut Hairuddin, Azmi terus menghubungi keluarganya serta bomba dan penyelamat Batu Pahat.
Hairuddin berkata, walaupun sedih namun mereka reda dengan kejadian terbabit.
“Tiga beranak ini akan dikebumikan dalam satu lahad selepas solat Maghrib hari ini,” katanya.
Pada masa sama, menceritakan perihal suami Nor Azhana iaitu Hasanuddin, 48, Hairuddin berkata, abangnya itu ada meluahkan kehairanan mengapa Nor Azhana lewat tiba sedangkan mereka sudah berjanji untuk menyiapkan segera tempahan kerepek.
“Kebiasaannya, Nor Azhana tiba ke rumah ibu jam 7.30 pagi. Kebetulan pula, hari ini abang merancang untuk membawa isteri dan anak mereka bersiar-siar di bandar Batu Pahat selepas solat Jumaat.
“Kami akan bersama-sama abang serta anak keduanya, Nur Najwa yang berusia 14 tahun, mengharungi detik sedih ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 9:37 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedsu nye.salam takziah dan alfatihah buat waris mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca
Dah la kena timpa, lambat plak org sedar ada mangsa2 bwh tu
Salam takziah pada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. kematian bila mass
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah hiwainnailaihirojiun
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya..memang slalu terpikir kalau la tiba2 nasib x baik lalu bawah pokok, pokok tu tumbang. Realitinya mmg ada terjadi.  |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. boleh ekk ditimpa
walaupun pokok2 tu agak
jauh dari laluan motosikal.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah ya allah sedihnya baca berita ni... 3 sekali pergi.... |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 8-2-2020 10:51 AM
Innalillah.. boleh ekk ditimpa
walaupun pokok2 tu agak
jauh dari laluan motosikal..
Innalillahiwainnaillaihiroji'un..
Pokok yg tumbang tu mungkin pokok lama yg dh tua.. Kalau tengok gambar tu pun, batangnya dh dpotong2 selepas kejadian.. Jalan tar tu pun nampak macam kecik je.. So bila tumbang memang melintang tengah2 jalan kecik tu.. Apa2 pun takziah buat keluarga mangsa.. Semoga diampuni segala dosa2 mereka dan ditempatkan dkalangan hamba2Nya yg briman.. Aamiin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainna ilaihirojiun
Btw yg berjoging sorg2 tgh kebun kelapa sawit tu beraninya
Mcm sunyi ja jln tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah utk kluarga mngsa. tiga2 skli xde yg slamat. sedihnya. al-fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik juga pokok sawit tak mudah tumbang, yg dah diracun tinggal batang kering tu pun susah tumbang. Pokok kelapa yes mudah rebah. Takziah buat keluarga, really at wrong place wrong time  |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah hiwainnailaihirojiun
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
kesian family arwah. 3 org sekali family member meninggal. boleh gila |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|