View: 1912|Reply: 21
|
[Tempatan]
Orang berkuasa dan kaya lakukan rasuah, kata Mahathir
[Copy link]
|
|
Shakira Buang
Diterbitkan 11 Feb 2020, 11:35 malam
A+
A-
Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang terlibat dalam amalan rasuah adalah golongan berkuasa dan kaya.
Kata perdana menteri, mereka terbabit dalam kegiatan itu dengan tujuan untuk terus berkuasa dan lebih kaya.
“Jelas sekali, mereka yang terlibat dalam rasuah adalah orang yang berkuasa dan kaya, dan objektif mereka adalah untuk menjadi lebih berkuasa dan kaya,” katanya.
Mahathir berkata demikian semasa berucap sempena pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana di Putrajaya, malam ini.
Iklan
Pada majlis itu beliau menyampaikan anugerah khas yayasan tersebut kepada bekas timbalan pendakwa raya yang mati dibunuh, Kevin Morais, serta bekas pegawai agensi antirasuah Indonesia, Novel Baswedan.
Novel kehilangan sebelah matanya akibat disimbah asid pada suatu subuh ketika dalam perjalanan ke masjid. Serangan itu dipercayai ada kaitan dengan kes rasuah yang sedang disiasatnya, membabitkan orang berpengaruh di Indonesia.
Dana buat pegawai antirasuah
Kata Mahathir usaha memerangi dan mendedahkan salah laku rasuah memang sangat berbahaya dan dunia menyaksikan berlakunya kekejaman kesan daripada usaha tersebut.
“Justeru, tugas memerangi dan mendedahkan amalan rasuah adalah berbahaya dan kita menyaksikan kadang-kadang orang yang bertindak begitu perlu membayar harga yang mahal, sehingga kadang-kadang terpaksa dibayar dengan nyawa sendiri,” jelasnya.
Menjelaskan hal itu dengan lebih lanjut, Mahathir berkata pihak yang cuba memberikan rasuah juga mempunyai cara dan sumber yang banyak untuk menutup Jenayah yang mereka lakukan.
“Mereka mempunyai cara dan sumber untuk menghukum dan menghentikan mereka yang cuba membasmi perangai buruk mereka," katanya.
Dalam ucapan sama, beliau turut memuji beberapa bekas pegawai kanan kerajaan yang terbabit mendedahkan skandal 1MDB sehingga menyaksikan BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018.
Terdahulu Mahathir melancarkan Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana.
Hadir sama, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Stefan Priesner, dan wakil Persatuan Antarabangsa Penguatkuasa Antirasuah (IAACA), Martin Kreutner.
Sementara itu, Mahathir berkata, yayasan antarabangsa itu bertanggungjawab terhadap Dana Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana.
Katanya, dana berkenaan bukan saja istimewa malah penting berikutan ia bertindak sebagai sistem sokongan kepada pegawai antirasuah yang menjadi mangsa atau dihukum ketika bertugas.
Sebanyak RM500,000 disumbangkan kerajaan Malaysia kepada dana berkenaan manakala Yayasan Bukhari menyumbang sebanyak RM2.5 juta.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau award projek kpd kwn2 rasuah tak? |
|
|
|
|
|
|
|
takpa Tok Det... rasuah dah tukar nama kpd offset zaman ph ni. terus rasuah jadi suci |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 12-2-2020 06:51 AM
Kalau award projek kpd kwn2 rasuah tak?
klu anak2 dpt tender GLC atau kerajaan itu namanya DEDIKASI |
|
|
|
|
|
|
|
Ha Ha Ha...............
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun M mengata diri sendiri dan barisan kabinet meh? |
|
|
|
|
|
|
|
dedikasi la sesangat...kan kan
mbe ramai tidak tau..petronas hanya berfungsi menyedut minyak dan memproses itu sahaja...urusan mjual petronas tiada kuasa..
cer spy dari angkut dari laut smpi angkut ke darat sampai ke stesen..anak sapa manopoli..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman 22 tahun...boleh la acah2 suci murni...time tu..rata2 umat manusia msh duduk dlm gua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tun Mahathir berkata-kata begini seolah-olah dia masih budak kecil.  |
|
|
|
|
|
|
|
betul lah, kali ni aku setuju dengan si tua ni,
yg beli rumah banglo tapi dapat rega murah tu, memang org kaya juga
yg nak buat terowong tapi tak siap2 tu pun orang kaya juga walaupunnnn kajian nya dah buat bertahun2 dan dah bayar berjuta...
jap lagi ada lah yg masuk tegakkan benang basah...
|
|
|
|
|
|
|
|
atok tak rasuah, atok bagi projek je kat kroni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu meols x caya, but now meols mmg caya atuk dah nyanyuk...  |
|
|
|
|
|
|
|
Siri bercakap dgn cermin ke...... |
|
|
|
|
|
|
|
Atok kata yg betol, marhaen miskin gelak-gelak kan dia.
Kalau atok kata yg sebaliknya merhein marah pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kata orang MISKIN malas
la ni kata orang KAYA rasuah
tunggu nak kata apa kat golongan pertengahan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
itupun masih ada yg sokong Atok dan PH |
|
|
|
|
|
|
|
AnBulisia replied at 12-2-2020 09:07 AM
dulu kata orang MISKIN malas
la ni kata orang KAYA rasuah
tunggu nak kata apa kat golongan perteng ...
Hampas? |
|
|
|
|
|
|
| |
|