|
Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah memohon maaf kepada Putera Harry selepas memeluk isterinya, Meghan Markle ketika Duchess of Sussex itu melawat sekolah berkenaan.
Kredit foto: Zimbio
Memetik CNN, Aker Okoye, 16, memeluk Meghan ketika figura diraja kontroversi itu membuat lawatan mengejut di Robert Clack School di Dagenham, London pada Ahad lalu sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
Kredit foto: Zimbio
Okoye yang teruja apabila dijemput naik ke pentas tidak melepaskan peluang berpelukan dengan Meghan sebelum menyatakan betapa cantiknya dia membuat Meghan tersipu malu.
Berikutan itu, remaja terbabit menulis surat memohon maaf kepada Harry yang kemudian disiarkan The Sun.
Kredit foto: Zimbio
"Saya harap anda tidak mengambil hati atas perbuatan saya memeluk Meghan kerana saya begitu terkejut dan teruja melihat dia tiba di sekolah saya.
"Ia begitu mengujakan mendengar Meghan memberi ucapan. Dia cukup memberi inspirasi," tulisnya.
Kredit foto: The Sun
Ketika ditemu bual sebuah rancangan televisyen Good Morning Britain pada Isnin, Okoye memaklumkan tindakannya menulis surat itu adalah bagi mengelak kontroversi kerana memeluk isteri putera raja terbabit.
Katanya, pengalaman itu sangat bermakna dan dia tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. - CARI |
|