CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 1

Lelaki Didenda RM500 Pecahkan Pasu, Maki Dan Ugut Jiran

[Copy link]
Post time 12-3-2020 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah mengenakan hukuman denda RM500 terhadap seorang lelaki selepas mengugut dan memecahkan pasu jirannya.


Sinar Harian melaporkan, Majistret Nordiana Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Quah Lian Huat, 60, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.




Gambar hiasan




Mengikut pertuduhan Quah didakwa sengaja menyebabkan kerosakan dengan memecahkan tiga pasu bunga milik Ee Chop Ler, 67, pada 8 Mac lalu kira-kira jam 9.45 pagi di sebuah rumah di Jalan Air Jernih.


Berdasarkan fakta kes, Quah dan isteri datang ke rumah Ee sambil memegang kayu dan mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan terhadap mangsa sebelum memecahkan tiga pasu milik mangsa ketika beredar.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 09:38 AM | Show all posts
tua2 pun masih langsi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.480211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list