"Tolong ya jangan nak fitnah saya cakap tak bagi anak jumpa ayah dia."
Syarifah Zuriehan menegaskan dia tidak pernah menghalang anaknya daripada berhubung dengan bapanya.
Kredit foto: IG
Menerusi Instagram bekas isteri chef Fikree itu, dia juga tidak menafikan hak Fikree untuk bertemu anaknya.
"Saya akan mengorbankan segala-galanya untuk Jayden. Dulu saya telan apa sahaja yang berlaku kerana saya mahu Jayden ada ayah," tegasnya.
Dia juga menegaskan tidak sekali-kali menghasut anaknya untuk memihak pada sesiapa. Oleh itu, dia meminta kepada semua agar tidak memfitnah dirinya.
"Dah tak terkira dosa dekat saya, nak tambah dosa ni pulak. Mohon taubat," tulisnya.
Kredit foto: IG
Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 2015 dan berpisah pada Mei 2019 selepas tercetus kontroversi mendakwa lelaki itu curang terhadap bekas isterinya.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jayden Malik yang kini berusia 3 tahun.
Baguslah kalau tidak memisahkan anak dengan bapa. Semoga semuanya baik-baik saja. - CARI |