CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2612|Reply: 20

"Duduk Rumah Diam-Diam," Warganet Terharu Rayuan PM, Masih Ramai Yang

[Copy link]
Post time 19-3-2020 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Semalam telah diadakan sebuah lagi perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam perutusan khas tersebut, PM telah merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus kekal di mana sahaja anda berada, duduk di rumah masing-masing dan tidak keluar ke mana-mana.



Kredit fotoarian google



Beliau menegaskan bahawa tujuan kuarantin tersebut diadakan adalah untuk mengekang penularan wabak tersebut, dan sesungguhnya ianya akan gagal dan tidak berjaya jika pergerakan rakyat masih lagi berterusan, misalnya dengan aktiviti pulang ke kampung.


Ini susulan daripada kegagalan rakyat untuk mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini. Masih ada yang berdegil dan tidak mengikuti arahan yang telah dikeluarkan.


Jelas PM lagi, beliau tampil untuk menyebut perkara-perkara ini kerana kelmarin ramai yang pulang ke kampung.



Kredit foto: Carian google



"Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung,"


Dalam perutusan itu Tan Sri Muhyiddin meminta orang ramai untuk terus berada di kawasan kediaman dan tidak bergerak ke mana-mana negeri lain. Beliau turut menerangkan bahawa rakyat perlu memahami bahawa perintah dan arahan yang dikeluarkan itu akan membantu memutuskan rantaian jangkitan, dan seterusnya mengurangkan jumlah pesakit. Tambahnya lagi, jika ada di kalangan rakyat yang ingin pulang ke kampung, diminta untuk batalkan dahulu niat tersebut.


Tempoh kawalan sehingga dua minggu itu dilaksanakan kerana Covid-19 mempunyai hayat inkubasi selama dua minggu. Selepas tamat tempoh ini, mereka yang mempunyai simptom akan segera diasingkan untuk proses rawatan, dalam usaha untuk memastikan Malaysia bebas Covid-19.



Kredit foto: Twitter MyhealthKKM



Beliau juga memaklumkan bahawa ada kemungkinan perintah kawalan ini akan dilanjutkan jika wabak ini tidak dikawal dalam tempoh dua minggu ini.



Oleh itu, marilah kita bersama-sama mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan ini dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan dalam usaha membasmi penularan wabak Covid-19 yang berbahaya ini.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah faham semua, sampai hujung bulan ni saja. Kalau degil berlarutan pula keadaan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sek2 benok ni mana paham bahaso..fikir diri sendiri jah.elok kena jangkitan & mampus.
Tinggal yg faham bahasa ni je senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat iols sorang budak sepet ni baru balik dari singapore direct gi umah makpak dia. Corona carrier, polis mai kutip
Patut belasah sampai mampos
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K: Kat tempat iols sorang budak sepet ni baru balik dari singapore direct gi umah makpak dia. Corona carrier, polis mai kutipPatut belasah sampai mampos

why so stupid??? Tp apa nak heran,kalau dah selfish sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai tgk pm berucap semalam dlm keadaan half give up dgn perangai selfish rakyat msia nih..dah gomen kuarkn arahan stay at home,gigih jgk mereka keluar sana sini,langgar arahan..

Nampak pm geram jgk..mesti dlm hati dia "asal laa rakyat ni bebal sgt nak faham simple arahan"..tu y siap ckp lps covid ni nak adakan kenduri utk anak kesayangan pun boleh..nganjing rakyat y selfish tuh..Hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2020 11:41 AM | Show all posts
PM pintu blkg
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 11:55 AM | Show all posts


Tentu kadar jenayah spt rogol, ragut, rompak berkurangan kan sebab tak ada orang keluar rumah & some kedai tutup.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 19-3-2020 11:35 AM
why so stupid??? Tp apa nak heran,kalau dah selfish sgt

Kalau kat china penduduk pukul dgn batang paip sampai mati. Siap rakam!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boogis dumb aka viruscinta dekat atas ni boleh lagi berpolitik dengan waktu yg tak menentu ni..bodoh ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Penumpang bas JB ke Kuantan positif C0vid-19, kata pejabat kesihatan

Foto: Siakap Keli
POSTED BY: MHISTAFF1 MARCH 19, 2020

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif C0VID-19.

Penumpang itu menaiki sebuah bas ekspres Plusliner dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 4 petang 16 Mac lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan C0VID-19.

Terdahulu, penumpang yang dijangkiti virus itu melakukan ujian saringan di Johor Bahru dan diarahkan menjalani kuarantin.

Keputusan ujian saringan itu kemudiannya didapati positif C0VID-19, tetapi penumpang terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.

Degil..disuruh kuarantin nak jugak balik kpg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 19-3-2020 01:38 PM

Dah terlambat la atokk..patutnya sblm ko perintah berkurung tu dah ckp siap2 x leh kemana2..standby polis,askar di hiway x bagi ummah keluar drpd tempat asal..gomen failed..tunggu je lah hasilnya 2minggu lg,time tu nk tengok mggelabah pepek ke x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak iolss duduk seremban. Dia cakap nak balik bangi weekend ni. Mak iolss dah plan nak masak itu ini untuk cucu2 dia. Iolss tepuk dahi je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Pertahanan dah bagi amaran sebentar tadi

Tentera akan kuatkuasa pematuhan perintah kawalan pergerakan jika masih tidak menyeluruh diikuti

setakat ni cuma sekitar 60%

come on guys, stay at home
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 19-3-2020 11:37 AM
Ai tgk pm berucap semalam dlm keadaan half give up dgn perangai selfish rakyat msia nih..dah gomen k ...

Tak blh salahkn rakyat.....

Bila dia kata kawal pergerakan...Uni semua tutup.....kau tau, U pi halau bebudak balik...pastu suruh mak pak amik tak blh naik public transport....tu yg kecoh jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Britain pun dah suruh tentera dia standby untuk berkawal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr laa cakap bapak kita wehhhhh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 02:58 PM | Show all posts
Sebab tu di China pun arah tentera turun padang sebab ramai yang degil tak nak ikut arahan.  Bila tersebar video nampak macam kejam tapi sebenarnya mereka terpaksa bertindak macam tu pada jenis yang degil ya amat tak faham bahasa tu.  Hasilnya wabak berjaya diberhentikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-3-2020 01:47 PM
Tak blh salahkn rakyat.....

Bila dia kata kawal pergerakan...Uni semua tutup.....kau tau, U pi  ...

Budak2 uni ai xsalahkn..y salah y tergedik2 jgk balik kg tu..y budak2 uni ofkos ler dorg panik sbb kne halau dgn pihak uni..mmg dorg xkan smpt fikir pjg,fikir nak cri satu tmpt y secured je,which is their home laa..

Y gedik2 nak keluar,berpeleseran,balik kg sedangkn dah ada rumah sndiri kt sini (xkisah laa sewa ke sndri),jgn ler balik kg..y geng2 "Allah ada" tu lagi satuu..tu y gomen ckp ape pun xdgr je..tu ai geram..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 04:04 PM | Show all posts
masyarakat kita ni kalau diarah perintah berkurung macam kat China tu baru lah kena nasib.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057693 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list