Masalah rakyat Malaysia ni bukan tak dengar arahan saja, tapi juga masalah dari dalam diri sendiri.
Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed, seorang pakar bedah ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh mendakwa ada pesakit dan pelawat mencuri cecair pembasmi kuman di hospital tempatnya bertugas.
Beliau turut menyatakan rasa kesal dengan kejadian itu menerusi laman Twitter.
Dr Mahyuddin berkongsi ciapan seorang individu yang mengambil bahan pembasmi kuman berkenaan dari sebuah hospital.
"Amik (ambil) dekat hospital je, free (percuma)," katanya sambil menunjukkan gambar memegang sebotol pembasmi kuman.
Kredit foto: Dr Mahyudin
"Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit dan pelawat. Harta rakyat dan kerajaan. Bukan milik peribadi anda!
"Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda daripada Covid19?"
Tindakan individu terbabit pastinya dikecam warga maya.
Kredit foto: Dr Mahyudin
Individu terbabit kemudian tampil menjelaskan bahawa bahan pembasmi kuman itu diberi kepadanya ketika menjaga bapanya di wad dan tidak menyangka ciapannya menjadi perhatian ramai hingga menjadi kontroversi.
Namun, orang ramai tidak menerima alasannya itu.
Kredit foto: Twitter
Beginilah sikap sebahagian daripada kita. Sanggup mencuri untuk kepentingan sendiri. - CARI |