Kredit foto: Instagram Reff Denial
Dalam keadaan wabak COVID-19 sedang mengganas, tindakan seorang selebriti media sosi@l melawak kononnya sedang membuat pembelian panik ternyata telah mendatangkan rasa kurang senang netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan persekitaran semasa.
Tindakan itu dianggap selfish kerana beliau meletakkan barangan lain ke dalam troli yang telah ditinggalkan pengunjung lain selepas berputus asa beratur panjang.
Netizen jadi marah kerana dia jadikan perkara ini sebagai bahan jenaka dan lawak itu tidak diterima sama sekali oleh warganet. Ramai yang mengecam tindakannya itu.
Kredit foto: Twitter @isterinajib
Apabila beliau dikecam teruk, pemuda dalam video yang dikenali sebagai Reef Denial ini tampil memberikan keterangan yang sebenar.
Beliau juga ada membuat penjelasan menerusi IG story. Katanya, dia hanya pergi ke pasar raya tersebut untuk membeli alat senaman memandangkan pusat gymnasium tutup dalam masa 2 minggu ini.
Nak buat lawak pun kena ambil kira keadaan sekeliling. Sensitiflah sikit.- CARI
|