Sangat mengejutkan apabila anak Ahmad Dhani, Al Ghazali mendedahkan hampir menjadi mangsa cabul guru lelakinya.
Al Ghazali berkongsi kisah itu menerusi saluran YouTube Derry Sulaiman dan Sahabat selepas ditanya sama ada pernah menerima pengakuan cinta daripada lelaki. Katanya, dia pernah hampir menjadi mangsa cabul.
Kredit foto: IG
Kejadian itu berlaku selepas tamat sesi pembelajaran di kediaman mereka usai menyaksikan World Cup, di mana guru berkenaan tidur sekatil dengannya.
"Jam 6 pagi, saya dah nak tidur tapi belum terlelap. Kemudian terasa tubuh dibelai, tapi saya membiarkan dulu kerana mahu melihat sejauh mana dia berkelakuan begitu."
Jelas Al Ghazali, dia membiarkan hinggalah terasa tangan gurunya mahu menyeluk ke dalam seluarnya sebelum berpura-pura mimpi buruk dan menyiku lelaki berkenaan.
Kelihatan Ahmad Dhani turut terkejut dengan pendedahan anaknya itu. - CARI |