"Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure."
Belum pun habis dirundung kesedihan dek kehilangan nenek tersayang akibat Covid-19, kini aktor Daler Yusuf sekali lagi terpaksa menerima kepiluan berganda apabila ayahnya turut menghembuskan nafas terakhir juga kerana Covid-19.
Difahamkan, kedua-duanya disemadikan di Uzbekistan.
Foto : IG
Dalam ucapannya, Daler menyatakan yang banyak hajat dan cita-cita ayahnya yang tidak kesampaian, namun ketentuan Allah SWT yang menyayangi makhluknya lebih besar dari perancangan lain.
Daler juga meminta semua yang membaca agar mendoakan diri dan keluarganya diberikan kekuatan.
Foto : IG
Sebulan lalu, neneknya juga meninggal kerana Covid-19. Menyifatkan neneknya sebagai ibunya sendiri kerana sedari kecil, Daler dibesarkan oleh neneknya disebabkan ibunya meninggal dunia ketika usianya masih muda.
"Moga Allah tempatkan Ochajon di syurgaNya. Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler. Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler."
Foto : IG
Rakan-rakan artis seperti Anuar Zain, Daiyan Trisha, Zoey Rahman dan Ramona Zam Zam turut mengucapkan takziah di atas kehilangan kedua-duanya dalam masa terdekat ini.
Foto : IG
Sesungguhnya, kehilangan ahli keluarga dalam masa yang dekat-dekat begini memang menyakitkan. Namun, setiap dugaan pasti didatangkan beserta hikmah.
Penulis mengucapkan takziah dan moga Daler Yusuf tabah mengharungi pemergian orang tersayang. Buat yang lain, jaga diri. Kita masih belum menang. - CARI
|