View: 3355|Reply: 43
|
[Tempatan]
Dimansuhkan Pada 2018, Kerajaan Cadang PLKN Dilaksana Semula
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diwujudkan semula dalam masa akan datang.
Menteri Kanan (Petahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun perkara masih dalam peringkat cadangan selepas mengambil kira kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja.
"Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mencadangkan supaya PLKN dilaksana semula. Ini juga sesuai dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah MINDEF.
"Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi MINDEF di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun cadangan melaksanakan semula PLKN masih dalam peringkat cadangan selepas mengambil kira kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja. - Gambar BERNAMA
Terdahulu beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu tahu mengapa program itu dihentikan dan mencadangkan supaya PLKN diteruskan semula.
Mengulas lanjut dalam sesi penggulungan, Ismail berkata, jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak ditempatkan di pelbagai agensi dan kementerian bagi tempoh setahun mulai 2019 hingga 2020.
"Tujuan pelantikan ialah bagi memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat pekerjaan lain.
"Bagi cadangan agar pegawai ini diserapkan ke dalam kementerian atau agensi kerajaan lain, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya," kata beliau.
Kredit : mStar
Dalam pada itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak dan mencadangkan mereka diserap kementerian atau agensi kerajaan lain.
Justeru, Ismail Sabri berkata, pelantikan kontrak secara 'soft landing' itu membabitkan 1,394 bekas pegawai latihan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Sementara itu, beliau berkata, MINDEF dalam proses penggubalan RUU berkaitan senjata biologi sebagai antara langkah pencegahan dalam negara untuk menangani ancaman pada masa akan datang selain meneliti cadangan peruntukan kewangan untuk penyelidikan berkaitan ancaman senjata biologi.
"Memandangkan penyelidikan ini adalah kompleks, MINDEF sedia bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk melaksanakan penyelidikan bersama dalam menangani ancaman itu," jelasnya.
Beliau menambah, pihaknya juga sudah mengemukakan cadangan peruntukan sebanyak RM607.5 juta di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12 kepada Jabatan Perdana Menteri bagi dipertimbangkan untuk memenuhi pembangunan fasiliti dan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) STRIDE.
"Kelulusan peruntukan ini kelak dapat memenuhi peranan dan fungsi STRIDE untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi keselamatan dan industri pertahanan tempatan. Inisiatif ini selaras dengan Kertas Putih Pertahanan yang bertujuan membangunkan keupayaan berdikari (self-reliance) industri tempatan dan sebagai pemangkin kepada ekonomi negara," katanya.
Menyentuh isu keselamatan Laut Cina Selatan, beliau berkata, Malaysia akan menggunakan saluran diplomasi bagi menghadapi pengaruh ketenteraan negara asing di Laut China Selatan.
"Pendirian Malaysia adalah jelas, bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada kehadiran kapal-kapal perang bagi mengelakkan ketegangan di kawasan berkenaan," ujarnya.
Sumber : AstroAwani
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita jadi tentereeeeeee, mengawal negareeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Baguih la ...tapak PLKN pun dah bersemak jadi tempat Jin MEMBAWANG .Tambah pekerjaan kpd rakyat yg ramai menganggur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ke apa masa covid ni nak buat balik plkn |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-11-2020 06:12 AM
Gila ke apa masa covid ni nak buat balik plkn
LOGIK Rational apa yg kau pakai utk assume hari ini announce, minggu depan akan dilaksanakan?
itula banyak sangat main dgn teropong telek kau..
Kahkahkahkah...
Morning....
|
|
|
|
|
|
|
|
stingerpie replied at 25-11-2020 06:24 AM
LOGIK Rational apa yg kau pakai utk assume hari ini announce, minggu depan akan dilaksanakan?
...
Morning stinger.....
Sekarang zaman covid...selamanya akan bercovid ....x mungkin hidup mcm biasa dah stinger....
Oklah nk masak sarapan... |
|
|
|
|
|
|
|
abcdotcom replied at 25-11-2020 06:01 AM
Baguih la ...tapak PLKN pun dah bersemak jadi tempat Jin MEMBAWANG .Tambah pekerjaan kpd rakyat yg r ...
LUBUK EMAS, PLKN, bagi politikus2 haramjad ni...
Konon nak bina jatidiri serta solidarity dikalangan belia belia kita...kepada negara
Hark ptuiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagi pleuang pekerjaan pada rakyat or nak create business for cronies. |
|
|
|
|
|
|
|
stingerpie replied at 25-11-2020 06:27 AM
LUBUK EMAS, PLKN, bagi politikus2 haramjad ni...
Konon nak bina jatidiri serta solidarity dikal ...
Ko X dpt projek ke ? Pi ikut UN Bina perigi kat negara Afrika Tu .Dpt juga pahala .X hbis 2 meroyan .Kecik2 X nak mampus kata SENIMAN . |
|
|
|
|
|
|
|
freesia71: Nak bagi pleuang pekerjaan pada rakyat or nak create business for cronies.
Dah idea pun recyle dari menteri ex amnu.apa nak heran. |
|
|
|
|
|
|
|
Objective plkn tu dah bagus. Cuma perlu ditambah baikkan dari tahun ke tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang tengah bakal jadi jutawan |
|
|
|
|
|
|
|
membazir jerr plkn ni..penjawat awam still makan rasuahhh gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Membazir je lah.. takde faedah langsung.. tempat perabis duit rakyat je.... bukan jana ekons pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Time2 covid cmni kau terfikir nak buat plkn pulak hanat?? Pastu nak bagi kat kroni2 kau org la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bokehlah bagi kroni plak urus sambil tarah duit negara.xde faedah pon plkn ni kalau buat kat negara corrupt mcm mesia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kroni dh sangap duit la tu...harta 7 keturunan mana cukup...kena up lgi 20 keturunan
ko ingat rakyat bongok ke pn woi!
|
|
|
|
|
|
|
|
PLKN tidak menyumbang pada GDP negara.... tukang perabis duit utk kos operasi je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 25-11-2020 01:13 AM
Pernah saya bahaskan sebelum ini yang program propaganda seperti ini adalah lubuk kroni mendulang duit...
Bacalah thread berkualiti di bawah ini...
Yes... lubuk baru untuk kroni jadi kaya, hasilnya diragukan! Menteri: Program baru akan diperkenal ganti PLKN, BTN
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208109
Hasil survey warga forum...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|