|
Lelaki nekad membunuh diri dengan mengelar leher dan tangan serta memotong kemaluannya sendiri selepas berkali-kali melibas isterinya dengan sebilah parang.
Memetik TribunNews, kejadian berlaku jam 5.30 petang pada Isnin lalu di Kota Kefamenanu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu menyebabkan mangsa, Durhani Lodia cedera parah di seluruh tubuhnya.
Gambar hiasan
Marianus Haki, 35, berbuat demikian kerana penyakit gangguan jiwa dialaminya kembali 'menyerang'.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu suspek, Maria Tafin yang sedang menenun di rumahnya terdengar teriakan dan tangisan anak kecil dari rumah pasangan terbabit.
Lantaran itu, dia segera ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati tubuh suami isteri terbabit berlumuran darah.
Melihat parang di tangan Marianus, Maria bergegas membawa dua anak mangsa berlari keluar dari rumah itu sambil menjerit meminta bantuan sebelum penduduk setempat menahan suspek, manakala Durhani Lodia dikejarkan ke hospital.
Kedua-dua suspek dan mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana mengalami kecederaan serius. - CARI
Memetik TribunNews, kejadian berlaku jam 5.30 petang pada Isnin lalu di Kota Kefamenanu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu menyebabkan mangsa, Durhani Lodia cedera parah di seluruh tubuhnya.
Marianus Haki, 35, berbuat demikian kerana penyakit gangguan jiwa dialaminya kembali 'menyerang'.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu suspek, Maria Tafin yang sedang menenun di rumahnya terdengar teriakan dan tangisan anak kecil dari rumah pasangan terbabit.
Lantaran itu, dia segera ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati tubuh suami isteri terbabit berlumuran darah.
Melihat parang di tangan Marianus, Maria bergegas membawa dua anak mangsa berlari keluar dari rumah itu sambil menjerit meminta bantuan sebelum penduduk setempat menahan suspek, manakala Durhani Lodia dikejarkan ke hospital.
Kedua-dua suspek dan mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana mengalami kecederaan serius. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|